Page 56 - TER Chamang final draft
P. 56
Tindakan 4: Menentukan kaedah pengurusan perilaku pelawat
Menentukan kaedah pengurusan pelawat adalah untuk memastikan pengurusan pelawat di TER Chamang dapat dijalankan dengan lebih efektif. Selain itu, kaedah ini juga adalah untuk
memastikan tahap impak dan kualiti pengalaman pelawat berada pada tahap yang diinginkan. Tindakan, justifikasi dan output bagi strategi ini adalah seperti berikut:
Justifikasi/Kaedah Output
Secara amnya, kaedah pengurusan pelawat dapat dibahagikan kepada 2 iaitu pengurusan secara tidak langsung dan pengurusan secara langsung. Perinciannya Pembangunan pengurusan pelawat
adalah seperti berikut: yang bersesuaian dengan jenis perilaku
pengguna
Pengurusan secara tidak lansung Pengurusan secara lansung
Penyeluran makluman dan pendidikan melalui kaedah interpretasi Maklum balas seperti mempamerkan kesan-kesan impak yang berlaku
akibat perilaku pelawat atau maklumat yang positif berkenaan perilaku
pelawat yang telah memberi manfaat kepada sumber.
Prompt (secara lisan atau bertulis) Memberi ganjaran kepada pelawat yang berperilaku dengan perilaku
yang memberi manfaat kepada sumber
Komitmen yang ditetapkan kepada pelawat seperti janji (pledge) Denda termasuk saman dan kompaun bagi perilaku yang berkaitan
lisan atau bertulis untuk bertindak dengan perilaku yang dingini dengan jenayah
oleh pihak pengurusan
Pemodelan perilaku yang dinginkan yang ditunjukkan oleh pihak
pengurusan dan jurupandu ekopelancongan
Menetapkan reka bentuk dengan membuang/memasang halangan
atau aktiviti pengurusan yang dapat memudahkan perilaku yang
dinginkan berlaku
Berikut adalah kaedah pengurusan yang dicadangkan bagi setiap zon yang telah ditetapakn.
Zon Pengurusan Perilaku Pelawat
Efektif Pendekatan pengurusan yang perlu diambil di zon ini adalah pendekatan pengurusan tidak langsung dan secara langsung.
Pendekatan pengurusan langsung seperti denda harus digunakan jika kesalahan tingkah laku tersebut adalah berat dan
tidak bertepatan seperti yang digariskan dalam peraturan taman
Pendekatan pengurusan tidak langsung seperti prompt, komitmen dan reka bentuk fasiliti adalah sangat diperlukan dalam
menguruskan pelawat di zon ini.
Keperluan untuk menyalurkan maklumat berkenaan konservasi melalui kaedah interpretasi terutamanya di sepanjang denai-
denai utama di zon ini.
Perincian tindakan dan kaedah yang boleh diambil adalah seperti yang dinyatakan dalam Tindakan 4, Strategi Pengurusan
Sumber
Rekreasi Aktif Kehadiran pengurusan mungkin lebih jarang/kelihatan berlaku di kawasan ini. Walaupun zon ini juga memerlukan
pemantauan daripada pengurusan taman, pendekatan pengurusan tidak langsung dilihat sebagai pendekatan pengurusan
utama bagi tarikan-tarikan di zon ini.
Pendekatan pengurusan tidak langsung yang dapat digunakan di zon adalah seperti penggunaan prompt, interpretasi dan
reka bentuk kemudahan yang dapat mengurangkan perilaku yang merosakan berlaku.
Penyaluran maklumat berkenaan konservasi secara efektif dan interpretif adalah perlu di kawasan ini
49