Page 55 - TER Chamang final draft
P. 55

PELAN TINDAKAN







                       Tindakan 3: Menetapkan indikator dan standard


                       Memastikan standard kapasiti pelawat sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan untuk memastikan tahap impak dan kualiti pengalaman pelawat berada pada tahap yang diinginkan. Tindakan, justifikasi dan output
                       bagi strategi ini adalah seperti berikut:

                                     Tindakan                                                                    Justifikasi/Kaedah                                                                        Output

                        Memastikan standard yang             Membangunkan protokol kawalan bagi setiap standard yang telah ditetapkan                                                    Protokol kawalan impak aktiviti
                        sentiasa berada pada tahap yang                                                                                                                                  dibangunkan
                        telah ditetapkan                     Penetapan standard bagi tahap impak rekreasi yang boleh diterima adalah satu keperluan sumber rekreasi. Nanum begitu,
                                                             penetapan kepasiti pelawat akan lebih efektif sekiranya kapasiti tersebut dibangunkan bersama protokol kawalan impak.
                                                             Pembangunan protokol kawalan bagi setiap impak sangat diperlukan dalam memastikan impak sentiasa berada pada
                                                             standard yang ditetapkan.

                                                             Protokol kawalan (monitoring protocol) perlu dijalankan di kesemua kawasan tarikan yang terdapat di setiap zon.


                                                             Berikut adalah kaedah protokol kawalan bagi kesemua tarikan yang terdapat di setiap zon:
                                                               i.  Merekodkan kadar hujan, jenis spesies flora dan fauna, topografi, jenis tanah dan kualiti air di kesemua kawasan tarikan,
                                                                   denai-denai dan kawasan perkhemahan
                                                               ii.  Merekodkan jumlah pengguna dan jumlah hari penggunaan bagi kesemua kawasan tarikan termasuk denai-denai
                                                                   semula jadi dan kawasan tapak perkhemahan
                                                               iii.  Menjalankan pemeriksaan ke atas perubahan yang berlaku ke atas fasiliti-fasiliti yang disediakan di kesemua zon
                                                               iv.  Pemerikaan dan kerja-kerja merekod maklumat yang dinyatakan ini perlu dijalankan setiap 6 bulan di kesemua tarikan

                                                             Berikut merupakan protokol kawalan tambahan bagi kesemua denai-denai semula jadi:
                                                               i.  Merekodkan perubahan fizikal denai termasuklah kelebaran muka denai, kedalaman, luas kawasan berlumpur, luas
                                                                   kawasan akar yang terdedah, kehilangan vegetasi di pinggir denai dan peratusan pembukaan kanopi di sepanjang
                                                                   denai
                                                               ii.  Berikut adalah protokol kawalan tambahan bagi kesemua kawasan perkhemahan
                                                               iii.  Merekodkan perubahan fizikal kawasan tapak perkhemahan termasuklah saiz kawasan, pembukaan kawasan, jenis/
                                                                   spesies vegetasi dan kualiti air

                        Menjalankan kajian berterusan        Penetapan kapasiti pelawat melalui penetapan indikator dan standard adalah bersifat berterusan.  Kajian-kajian berterusan   Mewujudkan bank data yang lengkap
                        berkenaan perubahan perilaku         perlu dijalankan bagi mengenal pasti tahap efektif implementasi indikator dan standard bagi kapasiti pelawat di TER         berkenaan tahap efektif kapasiti pelawat
                        pengguna untuk mengenalpasti         Chamang. Kapasiti pelawat boleh berubah mengikut perubahan jangkaan dan kehendak pelawat. Kapasiti pelawat juga             yang ditetapkan
                        tahap efektif indikator dan          boleh berubah disebabkan oleh faktor fizikal sumber dan keperluan pengurusan. Di samping itu, terdapat keperluan dalam
                        standard dalam mencapai              menentukan kapasiti pelawat yang lebih komprehensif berdasarkan maklumat tepat berkenaan perubahan sumber dan
                        objektifnya.                         pelawat yang berlaku di lapangan. Kapasiti pelawat yang telah ditentukan melalui kajian ini adalah kapasti awalan yang
                                                             memerlukan pemerikasaan dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, kajian tersebut perlu dijalankan pada setiap tempoh
                                                             2 tahun untuk memastikan kapasiti pelawat yang ditetapkan adalah bertepatan dengan objektifnya. Antara kajian-kajian yang
                                                             perlu dijalankan adalah:
                                                               i.  Kajian Kualiti Pengalaman Pelawat
                                                               ii.  Kajian Impak Aktiviti Pelawat










                                                                                                                                                                                                                                   48
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60