Page 54 - TER Chamang final draft
P. 54

PELAN TINDAKAN








                    Tindakan 1: Pengezonan TER Chamang berdasarkan zon yang telah ditetapkan



                                   Tindakan                                                                   Justifikasi/Kaedah                                                                       Output

                     1.  Menjalankan kerja-kerja             Zon bagi pelan ini telah dijalankan secara analisis terrain berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui DEM/DTM.      Sempadan zon di lapangan
                        penyempadanan di lapangan            Oleh yang demikian,kerja-kerja penyempadanan di lapangan perlu dijalankan bagi memastikan sempadan zon yang
                                                             ditetapkan ini adalah lebih jelas di lapangan bagi memastikan perancangan pembangunan masa hadapan adalah
                                                             mengikut preskripsi zon tertentu.


                     1.  Menjalankan kajian berterusan       Kajian-kajian berterusan perlu dijalankan bagi mengenal pasti perubahan pelawat di lapangan. Maklumat seperti pola    Pewujudkan bank data yang lengkap
                        berkenaan perubahan perilaku         penggunaan pelawat, kesebaran pelawat, latar belakang kumpulan, kehendak dan motivasi merupakan indikator utama       berkenaan sosio-demografik, pola penggunaan
                        pengguna                             dalam penentuan zon pengalaman rekreasi.                                                                              pengguna, motivasi dan tahap pengalaman
                                                                                                                                                                                   dan tahap kepuasaan
                                                             Kajian-kajian ini perlu dijalankan secara beterusan bagi mendapatkan trend pelawat di TER Chamang

                                                             Pihak Jabatan Perhutanan perlu membangunkan data bank yang lengkap berkenaan trend pelawat di taman eko rimba
                                                             ini. Antara maklumat yang sangat penting bagi pembangunan masa hadapan taman ini adalah seperti berikut:

                                                             Sosio-demografik
                                                             Pola penggunaan pengguna
                                                             Motivasi dan tahap pengalaman
                                                             Penilaian kepuasan berdasarkan keadaan sumber, perilaku dan tindakan pengurusan




                    Tindakan 2: Menetapkan Preskripsi Pengurusan di Setiap Zon Yang Telah Ditetapkan


                    Penetapan perskripsi pengurusan bagi setiap zon adalah bertujuan untuk menetapkan jenis penggunaan kawasan, tahap impak dan pembangunan yang dibenarkan dalam memastikan peluang pengalaman dan
                    konservasi sumber adalah selari dengan objektif penetapan zon di TER Chamang. Tindakan, justifikasi dan output bagi strategi ini adalah seperti berikut:


                                   Tindakan                                                                   Justifikasi/Kaedah                                                                       Output
                     1.  Memastikan ciri-ciri zon adalah     Pengalaman terbentuk melalui persekitaran dan aktiviti. Persekitaran ini bukan sahaja berdasarkan ciri-ciri landskap   Ciri-ciri zon dan persekitaran yang ideal bagi
                        berdasarkan preskripsi zon yang      visual tetapi juga berdasarkan sistem akses, pengurusan kawasan, pengubahsuaian landskap dan juga bentuk-bentuk        setiap zon dapat dikekalkan secara berterusan
                        telah ditetapkan                     pembangunan yang terdapat TER Chamang.  Preskripsi pengurusan bagi pembangunan masa hadapan di setiap zon
                                                             adalah seperti yang telah dinyatakan di bahagian Tindakan 2: Strategi Pengurusan Sumber. Hal ini boleh dicapai dengan   Pembangunan yang tidak terancang dapat
                                                             memastikan ketetapan tersebut sebagai asas kepada pembangunan masa hadapan TER Chamang.                                dielakkan

                                                             Walau bagimanapun, perubahan preskipsi ROS boleh berlaku sekiranya terdapat keperluan-keperluan lain yang
                                                             dirasakan perlu dan selari dengan objektif penubuhan taman negara.


                     2.  Menetapkan designasi denai dan  Pengunaan kawasan sebagai tapak perkhemahan di kawasan-kawasan yang tidak ditetapkan dan pembukaan denai-                  Penentapan kawasan perkhemahan dan denai
                        kawasan tapak perkhemahan            denai yang tidak rasmi adalah merupakan faktor penting yang menyebabkan impak aktiviti berlaku yang lebih berserak     rasmi di TER Chamang
                                                             dan ini akan menyebabkan lebih tahap dan kesebaran impak lebih banyak berlaku.






                  47
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59