Page 96 - PELAN INDUK PEMBANGUNAN TAMAN EKO RIMBA LENTANG (DRAFT)
P. 96
TERAS 2
P E NG URUS A N RI S I KO A KT I V I T I RE KRE A S I
Rajah 38 f dan Rajah 40 j dan k.
f g g. Pondok rehat j k Struktur kemudahan
dan tangga ke lama yang
denai yang ditinggalkan dan
terbiar kerana lampu denai yang
penetapan rosak.
kedudukan yang
tidak strategik.
Masalah khusus yang dikenalpasti adalah kurang penyelenggaraan dan pembaikan, dan kurang penyeliaan
kerana kurang peruntukan kewangan. Selain itu, kedudukan kemudahan yang tidak strategik juga
menyumbang kepada masalah kerosakan ini. Hasil temuduga juga menunjukkan pembaikan dan
penyelenggaraan hanya dibuat berdasarkan aduan pengunjung.
h Kemudahan rosak yang ditinggalkan boleh menjadi punca risiko kecederaan dan kemalangan, selain boleh
merosakkan imej TER Lentang dan mengundang persepsi negatif pengunjung terhadap kemampuan agensi
pengurusan. Lebih merunsingkan, risiko-risiko yang wujud kerana kerosakan kemudahan ini adalah risiko tidak
wajar kerana ia langsung tidak memberi apa-apa pulangan positif kepada pengunjung.
Cadangan strategi kawalan risiko: Bagi mengelakkan risiko-risiko tidak wajar pada masa akan datang, (1)
kemudahan yang telah rosak sepenuhnya hendaklah dilupuskan sebaiknya. Selain itu, (2) peralihan dan
i perletakan kemudahan yang lebih berkesan perlu diusahakan bagi memastikan setiap kemudahan yang
disediakan boleh dimanfaatkan oleh pengunjung. Sebagai tambahan, (3) kaedah pembaikan berdasarkan
aduan adalah bersifat reaktif, dan berkemungkinan tidak dapat mencapai standard sewajarnya. Maka, sistem
penyelenggaraan, pemantauan dan semakan kemudahan secara berkala hendaklah dijalankan disamping
Rajah 39 h dan i. pengumpulan bentuk aduan untuk mengenalpasti tahap kerosakan kemudahan.
i Jambatan gantung
yang telah rosak Pokok berisiko
sepenuhnya dan
tinggalan pondok Salah satu keunikan TER Lentang adalah dirian pokok yang padat. Keadaan fizikal semulajadi ini memberi
rehat/gazebo yang panorama yang menarik, mewujudkan bunyi hutan yang merdu, dan teduhan yang selesa kepada pengunjung.
telah runtuh. Walaubagaimanapun, ia turut mendedahkan pengunjung dengan beberapa risiko jika tiada pengurusan sesuai
dibuat.
Pemerhatian lapangan menunjukkan terdapat beberapa pokok berisiko sedia ada – berpotensi untuk
tumbang/patah dahan dan boleh memberi impak kepada target (pengunjung/kemudahan). Pokok berisiko
ini boleh wujud disebabkan banyak faktor seperti hakisan tanah, penyakit, dan usia. Selain itu, terdapat juga
h banyak dirian muda yang boleh membesar dan juga menjadi risiko kepada target pada masa akan datang
90