Page 121 - SP2021
P. 121

 Daripada ayat-ayat ini dengan jelas kita dapat melihat bahawa kehidupan kita terdiri daripada beberapa jalan. Kita tidak seharusnya mengikuti satu arah sahaja kerana kehidupan sukar untuk diramalkan. Sebagai penonton, kita dapat mempelajari daripada pengalaman Ali apabila dia terpaksa menghadapi hakikat bahawa ibunya tidak mahu bertanggungjawab untuk menjaganya lagi dan harus melalui hidup tanpa ibunya itu, walaupun hakikat ini tidak dijangkakan olehnya sebelum ini.
Kedua-dua isu yang diketengahkan ini dapat menunjukkan bahawa filem ini berjaya menyerlahkan dua isu yang bertentangan tetapi berkaitan, dengan hanya menggunakan satu konsep. Tambahan pula, isu-isu ini dirangkumkan dalam video yang sama yang boleh dianggap sebagai sebuah monolog watak utama. Monolog ini menunjukkan perkembangan watak Ali menerusi pandangannya tentang kehidupan dan ini menjadi penyelesaian cerita yang begitu menyentuh hati. Video tersebut juga merupakan gabungan realiti dan animasi, yang dapat menarik perhatian penonton kerana kita dapat melihat penghasilan video yang mula dicipta oleh Ali pada awal filem ini, dan juga kerana kita dapat melihat kemahiran Ali dalam seni lukis, yang kadangkala ditunjuk dalam filem ini.
Mentelah lagi, watak-watak sampingan filem ini dapat menarik perhatian penonton kerana personaliti mereka semua sungguh berbeza, tetapi pada masa yang sama, sungguh serupa. Party merupakan watak yang paling empati terhadap orang lain dan selalu menjaga perasaan orang lain walaupun disakiti oleh mereka. Sebaliknya,
Ance merupakan watak yang panas baran tetapi bertindak sebagai pelindung kepada yang lain. Biyah pula merupakan watak yang sedikit gila dalam tindakannya atau percakapannya sebagai tanda beliau yang paling bebas, dan Chinta merupakan watak yang paling optimis berbanding dengan rakan-rakannya. Namun, personaliti mereka yang berbeza ini dapat melengkapkan mereka sebagai sebuah keluarga. Mereka semua bekerja keras untuk mencapai impian mereka membuka sebuah restoran bersama. Mereka juga berlapang dada untuk menerima Ali, pada awalnya sebagai rakan serumah dan akhirnya sebagai ahli keluarga mereka.
Secara keseluruhan, filem ini merupakan filem yang membuat penonton merenung tentang kehidupan mereka sendiri melalui watak- watak dan juga isu-isu yang diketengahkan. Seperti banyak filem Indonesia yang lain, filem ini menyentuh keinginan manusia untuk meninggalkan negara asal mereka demi mencari kehidupan yang lebih baik .di negara lain. Walaupun kebaikan sebuah negara tidak dapat dibandingkan dengan kebaikan negara sendiri bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, jika kita berjaya menjumpai kebahagiaan di negara yang lain kita boleh meninggalkan negara asal kita kerana rumah ialah tempat di hati kita. Oleh itu, berani saya berkata bahawa filem ini filem yang menusuk jiwa walaupun sederhana kerana berjaya mengetengahkan isu yang kompleks dan dekat di hati ramai orang, tanpa menjadi drama yang terlalu sedih.
NJC • SAUJANA PUJANGGA 2021 119





























































































   119   120   121   122   123