Page 123 - SP2021
P. 123

 menewaskan Hang Jebat. Dalam pertarungan yang amat sengit itu, Hang Jebat menyerahkan keris Taming Sari itu kepada Hang Tuah. Akhirnya, Hang Jebat tewas di tangan Hang Tuah. Pada akhir cerita, Hang Tuah meluahkan kesedihannya akibat kehilangan Hang Jebat dan Melor. Beliau lalu bertanya pada dirinya sama ada beliau atau Hang Jebat yang berpihak kepada yang benar.
Saya amat menggemari filem ini kerana filem ini mengandungi banyak iktibar yang boleh dijadikan sebagai pegangan. Salah satu pengajaran yang dapat diraih ialah kita harus menegakkan kebenaran selagi berada di pihak yang benar bak kata pepatah, ‘berani kerana benar, takut kerana salah’. Ini dapat dilihat menerusi tindakan Hang Jebat. Dia menentang hukuman Sultan terhadap Hang Tuah kerana dia yakin Hang Tuah tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap Sultan. Sikap Hang Jebat yang ingin menegakkan kebenaran merupakan suatu sikap yang patut diteladani. Pengajaran yang kedua ialah kita harus meneliti dan memeriksa sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan atau mengambil tindakan, seperti peribahasa ‘kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya’.
Selain pengajaran-pengajaran yang dapat diraih, saya juga menggemari filem ini kerana filem ini membenarkan para penonton untuk berfikir secara mendalam tentang nilai keperwiraan yang sebenar. Ini kerana menurut filem ini, terdapat dua jenis nilai keperwiraan yang dapat dilihat menerusi perwatakan Hang Tuah dan Hang Jebat. Yang satu taat kepada pemimpin secara membabi buta, manakala yang satu lagi berpegang kepada ‘raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.’ Akhir sekali, saya berpendapat bahawa filem ini amat menarik disebabkan penggunaan bahasa klasik yang unik dan tidak lazim didengar.
Secara keseluruhan, saya berpendapat bahawa filem ini amat unik kerana mengandungi jalan cerita yang menarik dan mudah difahami. Malah, pelakon yang terlibat dalam filem ini juga berjaya melakonkan watak-watak mereka dengan berkesan. Maka itu, tidak hairanlah filem ini memenangi anugerah yang bertaraf antarabangsa. Justeru, saya mengesyorkan orang ramai agar menyaksikan filem ini.
Tidak Melayu Hilang Di Dunia.
RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 121





























































































   121   122   123   124   125