Page 122 - SP2021
P. 122

   ULASAN FILEM
Siapakah Wira
Sebenar - Hang Jebat
atau Hang Tuah?
Naufal Aiman Bin Jasni
Filem Hang Tuah ialah sebuah filem Melayu klasik yang diterbitkan pada tahun 1956. Sehingga kini, filem tersebut kekal terkenal kerana merupakan salah satu filem yang dibintangi oleh P Ramlee, seorang ikon industri perfileman. Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang penyanyi, pencipta lagu dan pengarah. Mentelah lagi, filem tersebut diarahkan oleh Phani Majumdar, seorang pengarah berbangsa India yang juga mengarahkan filem- filem Bollywood. Menerusi filem ini, P Ramlee ini telah menerima anugerah Penggubah Lagu Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-3 (Hong Kong) pada tahun 1956. P Ramlee telah memainkan watak Hang Tuah manakala
Ahmad Mahmud sebagai Hang Jebat. Antara watak-watak lain termasuk Melor yang dimainkan oleh Saadiah, Tun Teja yang dimainkan oleh Zaiton Abdullah dan Sultan Mansur Shah yang dimainkan oleh Haji Mahadi.
Filem ini berkisah tentang Hang Tuah, seorang pahlawan yang amat dihormati dan disanjungi. Dia telah banyak berjasa untuk rajanya, Sultan Mansur Shah. Hang Tuah juga yang memastikan negerinya kekal aman dan sejahtera. Namun demikian, pada suatu hari, dia telah mengkhianati Sultan apabila dia berjumpa dengan salah seorang gundik raja yang bernama Melor. Malangnya, Sultan turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Tanpa usul periksa, Hang Tuah dihukum bunuh. Dengan itu, Sultan melantik Hang Jebat untuk menggantikan
Hang
Tuah. Namun, Hang Jebat kesal dengan hukuman Sultan terhadap Hang Tuah. Sebagai tindakan balas, Hang Jebat telah merancang untuk menghuru-harakan Melaka. Hang Jebat telah mengamuk di kota Melaka. Malangnya, ketika suatu majlis keramaian di Istana, Melor dibunuh oleh
seorang pengawal di istana tersebut.
Bendahara Tun Perak menjelaskan kepada Sultan bahawa Hang Tuah tidak dihukum bunuh, sebaliknya disembunyikan di dalam penjara. Baginda berasa gembira lalu memanggil kembali Hang Tuah. Di istana, Sultan menitahkan Hang Tuah agar menghapuskan Hang Jebat. Walau bagaimanapun, keris Taming Sari sudah berada di tangan Hang Jebat. Sebagai gantinya, Sultan menyerahkan kerisnya kepada Hang Tuah. Hang Tuah berjanji bahawa dia akan sedaya upaya untuk
 120 ULASAN • RI






















































































   120   121   122   123   124