Page 124 - SP2021
P. 124

   ULASAN RANCANGAN TEMU BUAL
Pesona XY Mendidik Jiwa Kental
Aida Nabilah Bte Abdul Raziff
 Salah satu episod rancangan televisyen ‘Pesona XY’ yang disiarkan menerusi saluran RTM, membincangkan tentang topik ‘Sabotaj Diri’, yang ditafsirkan sebagai satu bentuk pemikiran atau tindakan yang menghalang seseorang untuk mencapai impian mereka. Rancangan temu bual ini melibatkan tetamu jemputan Encik Farhaan Rahmat, seorang Perunding Motivasi Remaja dan Encik Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri, Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan.
Makna sabotaj diri yang telah dikongsi oleh kedua-dua pakar ini ialah tindakan melabelkan diri dengan cara yang negatif dan selalu membandingkan diri dengan orang lain. Sebagai contoh, sesorang itu asyik memikirkan bahawa dia tidak sepandai rakan-rakan mereka dan tidak mempunyai kebolehan untuk mencapai impian- impiannya seperti rakan-rakan mereka. Seseorang yang sabotaj diri juga melakukan sesuatu yang sia-sia dan tidak menguntungkan diri sendiri dan akan melepaskan peluang yang ada di depan mata mereka. Mereka berfikiran bahawa mereka tidak layak untuk mengambil peluang-peluang ini dan takut untuk keluar dari zon keselesaan mereka.
Menurut Encik Farhaan, ramai orang tidak sedar akan hal ini lalu mereka terperangkap dan terkurung di dalam zon selesa mereka. Ada empat zon
yang kita akan alami sepanjang hidup kita – zon selesa, zon takut, zon pelajaran dan akhirnya, zon perkembangan. Zon selesa merujuk kepada apabila kita berasa selamat dan semuanya dalam kawalan kita. Zon takut pula adalah apabila kita kurang keyakinan diri, mencari alasan dan senang terjejas dengan pandangan orang lain. Zon pelajaran merujuk kepada apabila kita ingin mengharungi masalah dan memperoleh kemahiran baharu. Zon perkembangan yang patut dikejar ramai adalah apabila kita mencari matlamat hidup, merealisasikan impian dan sentiasa menentukan dan mengejar impian baharu. Encik Farhaan percaya bahawa setiap orang harus mengalami peringkat-peringkat ini supaya dapat
memaksimumkan potensi mereka.
Saya bersetuju dengan pendapat Encik Farhaan dan Encik Amir bahawa pelajar kini tidak sedar apabila mereka sabotaj diri dan akibatnya membawa kemusnahan diri kerana tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri. Pelajar harus akur bahawa setiap orang mempunyai kebolehan dan kekurangan yang tersendiri. Satu kegagalan tidak bermaksud bahawa mereka tidak dapat bangkit dan mengatasi masalah tersebut. Mereka harus berani mencari jalan keluar daripada apa sahaja rintangan yang ditemui. Kegagalan hari ini tidak bermakna kita akan gagal selamanya.
122 ULASAN • RI

























































































   122   123   124   125   126