Page 155 - SP2021
P. 155

 Kepentingan Berdaya Bingkas
dalam Menghadapi Norma Baharu
Pandemik yang berlaku sejak dua tahun lalu telah banyak mengubah kehidupan kita. Perubahan yang kian menjadi norma baharu perlu dihadapi setiap lapisan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pemilik perniagaan kecil mahupun syarikat besar berbilang negara. Ternyata, COVID-19 ialah ujian terbesar terhadap tekad kita sebagai satu masyarakat untuk sama-sama mengharungi pelbagai tekanan yang hebat. Bagaimanakah kita dapat bertahan dan memperkukuh semangat serta perpaduan untuk terus melangkah ke masa hadapan yang tidak menentu ini? Sejauh manakah nilai daya bingkas telah memainkan peranan dalam masyarakat kita?
  Mintalah
Bantuan Jika
Perlu!
Berdaya bingkas dalam menghadapi norma baharu amat penting kerana undang- undang baharu yang mengehadkan interaksi bersemuka boleh menjadi beban kepada kesihatan fizikal dan emosi, serta ekonomi. Ini kerana kita berfungsi sebagai masyarakat serta ekonomi yang bergantung pada satu sama lain; kita semua harus memainkan peranan kita. Sebagai contoh, semasa CB/LOA/SHN/ QO, seseorang itu perlu menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek kehidupan baik dalam pendidikan, pekerjaan, mahupun perniagaan.
Produktiviti kita juga semakin kurang kerana perlu menyesuaikan diri belajar dalam talian atau bekerja dari rumah. Dari aspek sosial pula, apabila bersendirian, kita sebagai makhluk sosial, kita terpaksa mencari cara alternatif bagi mengekalkan hubungan bermakna dan menyelesaikan masalah-masalah. Namun begitu, bukan mudah untuk tiba-tiba ‘berdaya bingkas’ dalam menghadapi kesukaran sebegini, kerana sebagai manusia, kemampuan kita terhad. Amat pentinglah bagi kita bertanggungjawab dengan kesihatan mental kita. Kita patut bersedia untuk menghadapi kelemahan kita dan mendapatkan bantuan. Sokongan padu daripada keluarga, guru dan rakan-rakan kita amat penting.
Nurul Huda Binte Husein
   Berdaya Bingkas dan Bekerjasama
Nilai daya bingkas seseorang hanya dapat dilihat setelah dia dihadapkan dengan cabaran. Pandemik COVID-19 telah membawa makna yang lebih menyerlah dan memberikan kesedaran tentang kepentingaan seseorang untuk berdaya bingkas dalam setiap cabaran yang dihadapinya. Tidak kira bangsa atau agama, ramai yang terperangkap dalam pandemik ini. Namun, kita teruskan kehidupan dan akur bahawa kita perlu membuat pengunahsuaian. Perkara ini dapat dilihat dalam kalangan masyarakat Islam. Kewajiban untuk menunaikan solat Jumaat di masjid setiap minggu terjejas untuk masa yang lama pada tahun lepas. Tetapi, kita sebagai satu masyarakat menyesuaikan keperluan kita mengikut norma baharu agar wabak ini dapat ditampung dan dikekang. Inilah makna berdaya bingkas, untuk sentiasa berani dan tabah menghadapi cabaran. Berdaya bingkas penting untuk kita sebagai satu masyarakat bekerjasama dalam mencapai sesuatu bak kata pepatah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Andre Ghazi Ul Haq Bin Mohamed Iskandar
 RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 153






















































































   153   154   155   156   157