Page 156 - SP2021
P. 156
Sifat Daya
Bingkas Kunci
Kejayaan
Dalam era normal baharu ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai berdaya bingkas amatlah penting. Seseorang yang berdaya bingkas bererti seseorang itu tabah dan sabar meskipun cabaran atau masalah yang dihadapinya sukar. Dalam konteks ini, kita perlu berdaya bingkas dalam menghadapi norma baharu kerana ini membolehkan kita untuk mengharungi cabaran-cabaran yang timbul disebabkan wabak COVID-19 ini dengan lebih mudah. Kita juga perlu menyesuaikan diri dengan peraturan- peraturan baharu yang kadangkala berubah- ubah disebabkan keadaan yang tidak menentu.
Masyarakat yang berdaya bingkas pula, akan sentiasa menuruti segala undang-undang dan peraturan baharu yang ditetapkan oleh pihak pemerintah. Disebabkan daya bingkas kita, kita mampu untuk mengawal jumlah pesakit COVID-19 dalam unit jagaan rapi (ICU). Daya bingkas kita juga membolehkan negara kita untuk membuka pintu bagi peluang perniagaan. Hakikatnya, kita dapat lihat bahawa daya bingkas kita mendatangkan hasil dan kesan yang baik kepada kita semua. Oleh itu, hanya dengan berdaya bingkaslah kita dapat maju sebagai satu masyarakat ke arah kejayaan dan kebaikan.
Naufal Aiman Bin Jasni
Eshvinjeet Kaur Jandey Gurujeet Singh
Manusia Golongan
Tidak Mudah Menyerah Kalah
Daya bingkas dalam menghadapi norma baharu amat penting kerana dengan adanya nilai tersebut, kita dapat menyesuaikan diri dengan lebih mudah dan cepat. Sekiranya anggota masyarakat tidak dapat menerima norma yang baharu dan masih mengikut norma pra-COVID, kadar penyebaran virus ini akan meningkat. Pastinya, ini akan membahayakan kesihatan kita semua. Hal ini bukan sahaja menjurus kepada kemerosotan kualiti kehidupan kita tetapi dalam jangka masa panjang, ekonomi kita juga akan turut merosot dan menyebabkan negara untuk membangunkan ekonominya semula. Tentu sekali keadaan ini kita cuba elakkan.
Perkara ini mungkin sahaja akan memakan jangka masa yang panjang dan akan menyebabkan kesejahteraan rakyat negara kita secara keseluruhan terjejas. Oleh itu, kita harus mengelakkan implikasi-implikasi negatif yang akan menjejaskan negara kita hanya kerana suatu virus bak kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Namun, umat manusia merupakan golongan yang berdaya bingkas dan tidak pernah mudah mengaku kalah.
154 FORUM • RI