Page 157 - SP2021
P. 157
Ayuh,
Berganding
Bahu!
Pandemik ini telah menyedarkan kita tentang satu perkara, iaitu kehidupan akan sentiasa berubah sama ada perubahan kecil ataupun besar. Tidak ada yang kekal abadi. Bagi kita semua, masyarakat Singapura, masa sukar ini telah berlangsung lebih kurang selama dua tahun. Pelbagai peraturan dan pengetatan telah dilaksanakan hingga kita semua harus terbiasa dengan norma-norma baharu seperti penggunaan pelitup muka dan beriadah dengan batasan jumlah orang.
Pada hemat saya, daya bingkas amat mustahak dalam menghadapi norma baharu. Pada mulanya kita berasa kurang selesa dengan pelbagai ketidaktentuan dan perubahan. Namun kita semua terus tabah kerana semua norma diterapkan demi keselamatan kita. Malahan, kita juga berjaya mengekalkan keharmonian dalam masyarakat kita semasa pandemik berlaku. Bagi yang terjejas seperti perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana, kecekalan amat diperlukan. Oleh itu, kita semua harus berganding bahu dan saling menolong agar negara kita boleh tetap maju pada masa yang sukar ini. Justeru, inilah kesempatan kita untuk memantapkan kembali semangat gotong-royong Singapura yang mula sirna.
Charly Chandra
Yang Kuat
Sokong Yang
Memerlukan
Pada hemat saya, kepentingan ‘daya bingkas’ sering diuar-uarkan. Memang, kita perlu fleksibel dan siap menyesuaikan diri dalam menghadapi segala cabaran. Namun begitu, hal ini boleh memberikan tekanan bagi mereka yang mungkin kurang fleksibel. Persaingan amat sengit untuk tetap kekal relevan. Mereka boleh menyalahkan diri sendiri jika mereka tidak dapat menyesuaikan diri. Padahal, hal ini bukan kesalahan mereka kerana norma baharu ini terlalu cepat berubah. Mereka hanya membutuhkan lebih banyak masa dan sedikit sokongan untuk berjaya kerana setiap orang mempunyai keahlian, kemahiran dan tempo masing-masing. Hal ini persis kata orang tua- tua, ayam itik, raja pada tempatnya.
Jason Nathaniel Sutio
RI • SAUJANA PUJANGGA 2021 155