Page 158 - SP2021
P. 158

   Perlukan Sokongan Padu
Ketika kita sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dek COVID-19, kita harus terus cekal dan menganggapnya sebagai suatu peluang untuk memperbaik diri kita. Dewasa ini, kita perlu sentiasa mempertingkatkan diri untuk kekal relevan di tempat kerja. Ketika dunia sedang pesat berubah, hanya mereka yang berdaya bingkas, terbuka dan bersikap proaktif boleh maju. Namun begitu, adakah nilai daya bingkas mencukupi? Pada hemat saya, sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan turut menjadi faktor utama dalam menghadapi pelbagai cabaran kita. Oleh itu, marilah kita memberi sokongan kepada satu sama lain supaya kita semua dapat mengharungi cabaran yang sedia ada.
Muhammad Nabil Naqiuddin Bin Mohammad Iskandar Naim
   Perlunya
Mengadaptasikan
Diri
Pandemik COVID-19 pastinya telah menguji ketabahan masyarakat Singapura. Malah, kehidupan kita telah berubah menjadi norma baharu. Demi memastikan Singapura dapat tetap berdiri teguh menangani wabak ini, sikap berdaya bingkas amat penting dalam setiap individu. Berdaya bingkas dapat memberikan harapan kepada masyarakat bahawa kesusahan dan keperitan yang dialami sekarang pasti akan beredar. Pemutus rangkaian yang berlaku tahun lepas telah meninggalkan ramai tanpa kerja ataupun keseorangan. Tekanan jiwa dan mental seseorang itu bertambah teruk tanpa tiang sokongan yang kukuh.
Maka itu, ini telah mengajar kita tentang peri pentingnya menjaga kesihatan mental selain menjaga kesihatan tubuh. Kita perlu menggembleng usaha dan menyokong satu sama lain, tidak kira betapa besar mahupun kecil pertolongan itu. Siapa lagi yang akan menjaga kita selain diri kita sendiri? Sebagai contoh, banyak inisiatif seperti pertemuan di atas talian membolehkan masyarakat kita berinteraksi dari mana sahaja kita berada. Sikap berdaya bingkas mengingatkan kita bahawa kehidupan itu tidak statik dan perubahan sering berlaku, kita harus berani mengadaptasikan diri dalam dunia baharu. Tiada sesiapa yang akan ditinggalkan dan bantuan sentiasa dihulurkan kepada mereka yang memerlukan. Saya yakin bahawa kecekalan masyarakat kita untuk tidak mudah menyerah akan membina negara Singapua menjadi sebuah negara yang lebih aman dan makmur.
Nur Hanisah Binte Mohamad Ibrahim
 156 FORUM • RI

























































































   156   157   158   159   160