Page 23 - BUKU PROJEK KIK FIRST - APLIKASI FIRSTECH.docx
P. 23
Selain itu, inovasi FirSTech ini juga diuji dan diperakukan oleh IT Consultant daripada Aito
Firework Holding Sdn Bhd dalam emel bertarikh 30 Ogos 2021. (rujuk Lampiran 3.9).
Pelan Pengembangan Inovasi juga disediakan (rujuk Lampiran 3.10) sebaik sahaja
surat kelulusan pengembangan inovasi dikeluarkan oleh YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur.
4. OUTCOME PROJEK (DIJANGKA) & PEMBUKTIAN
a. Kesan jangka pendek
Outcome utama projek atau sasaran penyelesaian projek mencapai 55%, iaitu 5%
melebihi sasaran. Premis mempunyai Perakuan Bomba berkuatkuasa pada Julai 2021
adalah 55% berbanding 34% pada Julai 2020.
Pencapaian objektif projek adalah; (a) Menurunkan ketirisan hasil kerajaan sebanyak
17% apabila kutipan fi meningkat kepada RM51,500.00 pada Julai 2021 berbanding
RM42,595.00 pada Julai 2020, (b) Menurunkan kadar pemeriksaan premis berulang
berkurangan sebanyak 0.1 apabila nisbah pemeriksaan premis 1:1.8 pada Julai 2020
menurun kepada 1:1.7 pada Julai 2021, (c) Kelulusan Perakuan Bomba meningkat 8%
daripada 84% pada Julai 2020 kepada 91% pada Julai 2021, dan (d) Kepuasan hati
pelanggan telah meningkat kepada 98% pada Julai 2021 berbanding 70% pada Disember
2020 seperti dijelaskan dalam Rajah 16.
Rajah 16: Pencapaian Sasaran Penyelesaian dan Objektif Projek Aplikasi FirSTech
b. Nilai tambah @ value added
Nilai tambah projek (rujuk Lampiran 4.1) telah memberi kesan kepada pelanggan, BKK
JBPM Kuala Lumpur dan JBPM keseluruhannya, iaitu (a) meningkatkan tanggungjawab
pelanggan terhadap menghindari risiko kebakaran, (b) pemantauan BKK JBPM Kuala
Lumpur dalam memastikan keselamatan kebakaran di premis dapat dilaksanakan secara
berkesan, dan (c) memperjelaskan citra JBPM sebagai organisasi berprestasi tinggi dalam
menurunkan trend kes kebakaran.
13 | FirSTech