Page 24 - BUKU PROJEK KIK FIRST - APLIKASI FIRSTECH.docx
P. 24

5.    IMPAK PROJEK (LUAR JANGKA) & PEMBUKTIAN

                     a.    Kesan  jangka  panjang  –  Kesan  kepada  pembangunan  serta  kemajuan
                           negara
                     Inovasi aplikasi FirSTech dimuatnaik dalam Portal Rasmi JBPM Kuala Lumpur untuk
               mudahcapaian dan kegunaan pengguna memohon pembaharuan Perakuan Bomba serta
               bagi memastikan kelestariannya serta kesan jangka panjang (rujuk Lampiran 5.1).
                     Projek telah memberi impak luar jangka kepada menjayakan Teras 1, Teras 2 dan
               Teras  4  Dasar  Kebombaan  dan  Penyelamatan  Negara  (DKPN)  2030.  Juga  kepada
               pelaksanaan  Program  Pendigitalan  Negara  dan  memboleh  daya  Wawasan  Kemakmuran
               Bersama 2030 (rujuk Lampiran 5.2).

                     b.    Impak projek (hasil luar jangka)
                     Merujuk kepada Rajah 17, inovasi aplikasi FirSTech berjaya memberi hasil luar jangka
               sebanyak 48%, iaitu nilai kerugian harta kerana kebakaran dikurangkan kepada RM6.0 juta
               daripada RM13.7 juta pada Januari sehingga Julai 2021 berbanding tempoh yang sama pada
               tahun 2020.

               Rajah 17: Hasil Luar Jangka Projek
































               6.    POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI

                     a.    Tahap ketersediaan teknologi/sistem/proses
                     Inovasi  aplikasi  FirSTech  telah  lengkap  dibangunkan  dan  sedia  digunakan  oleh
               pelanggan dalam konteks tahap ketersediaan sistem. Mudahcapaian dan mesra pelanggan
               kerana boleh digunakan melalui telefon pintar, tablet atau desktop bila-bila masa diperlukan
               seperti dijelaskan dalam Rajah 18.





        14 | FirSTech
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29