Page 22 - BUKU PROJEK KIK FIRST - APLIKASI FIRSTECH.docx
P. 22
[Intervensi Test – Pengujian]
c. Pelaksanaan tindakan penyelesaian
Susulan daripada itu, intervensi Test – pengujian aplikasi FirSTech dalam situasi
sebenar atau tindakan penyeragaman projek dilaksanakan. Kalau dalam ujicuba projek
aplikasi FIRST hanya untuk FC Pejabat tetapi dalam penyeragaman projek, aplikasi
FirSTech dibuka kepada semua Premis Ditetapkan untuk pelbagai tujuan permohonan
Perakuan Bomba.
Surat pekeliling bertarikh 30 April 2021 dikeluarkan oleh YS Pengarah JBPM Kuala
Lumpur (rujuk Lampiran 3.6) mempelawa semua premis supaya mereka mendaftar dan
menggunakan FirSTech yang telah siap dibina. Pautannya boleh dicapai melalui Portal
Rasmi JBPM Kuala Lumpur (rujuk Lampiran 3.7).
Pada awal Mei 2021, sebanyak 50 premis telah mendaftar dan mengemukakan
permohonan Perakuan Bomba. Carta aliran baharu digunakan untuk memproses
permohonan berkenaan (rujuk Lampiran 3.7). Pengalaman 20 orang pengguna FirSTech
dikumpul menggunakan Kanvas Analisis Kluster (rujuk Lampiran 3.8). Kesemua pesona
mengesahkan keberkesanan, fungsi dan pengoperasian aplikasi FirSTech. Tawaran nilai
100% dicapai.
Setelah tamat tempoh pengujian atau bagi Mei 2021, premis tiada Perakuan Bomba
berjaya dikurangkan sebanyak 31% berbanding jumlah pada Mei 2020 seperti di Rajah 15.
Permohonan Perakuan Bomba meningkat sebanyak 44%. Walau bagaimanapun,
pengeluaran Perakuan Bomba dan pemeriksaan premis meningkat kepada nisbah 1:3 bagi
memastikan STATUS PREMIS adalah tepat.
Rajah 15: Pemantauan Pengujian (Penyeragaman) Aplikasi FirSTech
d. Perakuan daripada pihak bertauliah
Keberkesanan inovasi aplikasi FirSTech telah diperakukan oleh YS Pengarah JBPM
Kuala Lumpur. Fungsi dan pengoperasian sistem juga telah diteliti oleh Ketua Unit ICT JBPM
dan telah mengiktiraf teratur dan kebolehgunaannya dalam surat bertarikh 18 Ogos 2021.
12 | FirSTech