Page 17 - BUKU PROJEK KIK FIRST - APLIKASI FIRSTECH.docx
P. 17
Rajah 7: Cabaran Sebenar Projek
Rumusan Analisis Bow Tie dalam kanvas tersebut menghasilkan tindakan pencegahan
dan langkah mitigasi pengkayaan idea pesona atau cadangan penyelesaian untuk
mewujudkan STATUS PREMIS atas talian bagi penambahbaikan proses Perakuan Bomba.
STATUS PREMIS bermaksud indikator samada Perakuan Bomba layak dikeluarkan bagi
premis berkenaan.
Objektif projek adalah untuk; (a) Menurunkan ketirisan hasil kerajaan, (b)
Mengurangkan pemeriksaan premis berulang, (c) Meningkatkan pengeluaran Perakuan
Bomba, dan (d) meningkatkan kepuasan hati pelanggan.
Sasaran penyelesaian projek adalah untuk memastikan 50% premis mempunyai
Perakuan Bomba berkuatkuasa pada Julai 2021.
Permohonan melaksanakan projek diluluskan oleh YS Pengarah, JBPM Kuala Lumpur
pada 23 Februari 2021 (rujuk Lampiran 2.10).
3. TINDAKAN PENYELESAIAN & PEMBUKTIAN
[Intervensi Ideate – Penjanaan Idea]
a. Cadangan penyelesaian & strategi pelaksanaan
Sebelum mengenalpasti cadangan pengkayaan idea pesona atau cadangan
penyelesaian, KIK FirST mengatur strategi-strategi pelaksanaannya seperti dalam Rajah 8.
7 | FirSTech