Page 16 - BUKU PROJEK KIK FIRST - APLIKASI FIRSTECH.docx
P. 16
Oleh yang demikian, pesona utama telah menggunakan pelbagai cara untuk mencapai
motifnya. Idea-idea pesona dinilai dalam konteks faedah yang dijangka kepada jabatan dan
pelanggan dan kemampuan KIK FirST untuk memperkayakannya atau menyelesaikan
masalah yang pesona hadapi menggunakan Matrik Keutamaan Idea Pesona di Rajah 6.
Rajah 6: Penilaian Idea Pesona
[Intervensi Define – Takrifan]
Seterusnya maklumat-maklumat dalam sesi empati digunakan KIK FirST untuk
Intervensi Define atau Takrifan Projek. Maklumat dalam Peta Empati disintesis
menggunakan Kanvas Rintihan Pesona (rujuk Lampiran 2.8) untuk mengetahui keperluan
sebenar pesona dalam mencapai motifnya. KIK FirST dapati bahawa STATUS PREMIS yang
mudah dikenalpasti amat diperlukan untuk menambahbaik proses permohonan
pembaharuan FC Pejabat.
Merujuk kepada Rajah 6, idea pesona mengadakan mesyuarat bersama untuk
mencapai motifnya menarik perhatian. Walaupun faedah yang dijangka adalah sederhana
tetapi KIK FirST yakin mampu memperkayakan idea tersebut setelah melaksanakan aktiviti
benchmarking menggunakan Kanvas Spektrum Projek (rujuk Lampiran 2.9).
Pelaksanaan mesyuarat bersama boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan
memanfaatkan penggunaan teknologi ICT, iaitu mewujudkan STATUS PREMIS atas talian
sebagaimana kenyataan cabaran sebenar projek dalam Kanvas POV di Rajah 7.
6 | FirSTech