Page 12 - BUKU PROJEK KIK FIRST - APLIKASI FIRSTECH.docx
P. 12
d. Kaitan dengan keadaan & ekosistem semasa
Analisis keadaan dan ekosistem semasa mengenai kebakaran di Kuala Lumpur
kepada berasaskan laporan-laporan akhbar, contohnya dan rekod BOKP JBPM Kuala
Lumpur (rujuk Lampiran 2.2). Walaupun ia menunjukkan dalam trend yang menurun namun
usaha BKK, JBPM Kuala Lumpur dirasakan belum mencukupi dalam usaha meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran mengenai keselamatan kebakaran kepada semua lapisan
masyarakat dan amat wajar diteruskan. Ia juga selaras dengan JBPM Kuala Lumpur ke arah
menjadi sebuah Metrpolitan Fire Department yang mana salah satu hasratnya mewujudkan
kesejahteraan rakyat.
e. Pembuktian melalui analisis (bagi tujuan penyelesaian & ujicuba)
KIK FirST menggunakan kaedah Design Thinking (rujuk Lampiran 2.3) dalam
penghasilan projek untuk memastikan tindakan penyelesaian menepati signifikan projek.
Projek dimulakan sebaik saja KIK FirST ditubuhkan dan berlangsung selama tujuh (7) bulan,
iaitu tamat pada Julai 2021 (rujuk Lampiran 2.4).
[Intervensi Empathy - Empati]
KIK FirST memulakan intervensi Empathy atau empati projek, dengan mengenalpasti
projek untuk dilaksanakan. Lima (5) projek disenaraikan dan diplot dalam Matrik Analisa Data
dan dinilai menggunakan merit keparahan atau kepentingan serta kemampuan untuk ahli
KIK FirST melaksanakan penyelesaian seperti dalam Rajah 1.
Rajah 1: Pemilihan Projek
Menambahbaik Proses Perakuan Bomba dipilih berasaskan kepada merit tertinggi
kerana dikhuatiri menjadi punca kepada berlaku kebakaran dari ketidakpatuhan Akta 341
dan melibatkan orang awam seperti dijelaskan dalam perakuan Six Honest Serving Men
(Analisa 5W,1H) di Rajah 2.
2 | FirSTech