Page 13 - BUKU PROJEK KIK FIRST - APLIKASI FIRSTECH.docx
P. 13

Rajah 2: Penjelasan Masalah

































                     Tajuk projek bermaksud mempercepat, memudahkan atau meningkatkan kecekapan
               memproses  pemeriksaan,  mengesahkan  dan  mengeluarkan  Perakuan  Bomba  kepada
               sembilan  (9)  kategori  Premis  Ditetapkan,  iaitu;  (1)  Perpustakaan,  (2)  Hospital/Rumah
               Rawatan,  (3)  Hotel,  (4)  Asrama/Domitori,  (5)  Pejabat,  (6)  Kedai,  (7)  Kilang,  (8)  Tempat
               Penginapan, dan (9) Storan dan Am.
                     Perakuan Bomba adalah perakuan bahawa premis berkenaan telah mematuhi kepada
               sistem  Kelengkapan  Menentang  Kebakaran  atau  sistem  Pepasangan  Keselamatan
               Kebakaran di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).
                     Perakuan  Bomba  juga  perlu  diperbaharui  setiap  tahun  dengan  bayaran  fi  (rujuk
               Lampiran 2.5). Jika tiada Perakuan Bomba berkuatkuasa berkenaan dengan mana-mana
                                                                                                    6
               premis ditetapkan, maka pemunya premis tersebut adalah melakukan suatu kesalahan  dan
               boleh didakwa dan didenda.
                     Sampel projek adalah Permohonan Pembaharuan Perakuan Bomba kategori Pejabat
               atau FC Pejabat dijadikan sampel projek. Proses kerja tersebut dilaksanakan menggunakan
               Prosedur Kualiti ISO 9001:2015 JBPM/PK10.
                     Pada Disember 2020 seperti di Rajah 3, hanya terdapat 216 FC pejabat berkuatkuasa
               daripada 376 atau 57%. 160 pejabat tiada FC, bukan sahaja melakukan kesalahan tidak
               mematuhi peruntukan Akta 341 malah berlaku ketirisan hasil kerajaan bernilai RM32,000.00.
               Keadaan ini dikhuatiri mengakibatkan insiden kebakaran di Kuala Lumpur yang mengumpul
               nilai kerugian harta sebanyak RM48.8 juta (rujuk Lampiran 2.2).
                     Dalam memproses FC Pejabat, BKK hanya mampu mengeluarkan sebanyak 132 FC
               daripada  140  permohonan  pembaharuan  yang  diterima  atau  94%  melibatkan  161
               pemeriksaan di premis, iaitu nisbah 1 sijil dengan 1.15 pemeriksaan (1:1.15).






               6  Seksyen 33. Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)



        3 | FirSTech
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18