Page 9 - BUKU PROJEK KIK FIRST - APLIKASI FIRSTECH.docx
P. 9

Tajuk Projek             Penambahbaikan Proses Perakuan Bomba
                 Bidang / Kategori        Penyampaian Perkhidmatan / Ciptaan


                                               RINGKASAN EKSEKUTIF

                     Aplikasi  FirSTech  adalah  inovasi  KIK  FirST,  BKK  JBPM  Kuala  Lumpur  bagi
                                                                                 1
               menambahbaik  proses  Perakuan  Bomba  bagi  Premis  Ditetapkan   untuk  pelbagai  tujuan
                                                                                                  3
                       2
               tertentu . Perakuan Bomba perlu diperbaharui setiap tahun dan dikenakan bayaran fi  .
                     Sampel projek adalah Permohonan Perakuan Bomba Pembaharuan Pejabat atau FC
               Pejabat.  Pada  Disember  2020,  terdapat  160  daripada  376  atau  43%  pejabat  tiada  FC.
               Berlaku  ketirisan  hasil  kerajaan  sebanyak  RM32,000.00  dan  dikhuatiri  menjadi  punca
               kebakaran di Kuala Lumpur yang mengakibatkan kerugian harta sebanyak RM48.8 juta.
                     Dalam memproses FC Pejabat, BKK hanya mampu mengeluarkan FC sebanyak 132
               daripada 140 permohonan pembaharuan atau 94% melibatkan 161 pemeriksaan di premis.
                     Bagi mengeluarkan FC, pegawai pemeriksa perlu menyemak 13 fail berlainan untuk;
                       (i)    menyemak kes pendakwaan
                       (ii)   menyemak status MBK,
                       (iii)   menyemak status CCC,
                       (iv)   menyemak status sokongan perlesenan, dan
                       (v)    menyemak status JRP
                     Setelah melalui proses Design Thinking, KIK FirST berjaya mencipta aplikasi FirSTech
               menggunakan kepakaran sendiri. Setelah maklumat berkaitan dikemaskini ke dalam aplikasi,
                                                        4
               FirSTech mewujudkan STATUS PREMIS  untuk rujukan pegawai pemeriksa.
                     Aplikasi  FirSTech  telah  diujicuba  dan  diseragamkan  kepada  sembilan  (9)  kategori
               Premis  Ditetapkan  untuk  urusan  Perakuan  Bomba.  Keberkesanan  dan  pengoperasian
               aplikasi diperakui dan diiktiraf oleh pelbagai pihak yang bertauliah dan boleh dicapai melalui
               Portal  Rasmi  JBPM  Kuala  Lumpur.  Pada  Julai  2021,  sebanyak  54  Premis  Ditetapkan
               mendaftar sebagai pengguna aplikasi FirSTech.
                     Outcome atau kesan jangka pendek projek atau sasaran penyelesaian projek dicapai
               55%, 5% melebihi sasaran pada Julai 2021, 55% premis mempunyai FC berbanding 50%
               pada Disember 2020.
                     Pencapaian  objektif  projek  pada  Julai  2021  berbanding  Disember  2020  telah;
                       (a) menurunkan ketirisan hasil kerajaan sebanyak 17% (jumlah RM8,905.00),
                       (b) mengurangkan pemeriksaan premis berulang sebanyak nisbah 0.1,
                       (c) meningkatkan jumlah pengeluaran Perakuan Bomba sebanyak 8%, dan
                       (d) meningkatkan kepuasan hati pelanggan kepada 98%.
                     Projek ini telah memberi nilai tambah kepada pelanggan, BKK JBPM Kuala Lumpur,
               JBPM Kuala Lumpur dan JBPM keseluruhannya.

               1   Dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) terdapat 9 kategori Premis Ditetapkan, iaitu;
               (1) Perpustakaan, (2) Hospital/Rumah Rawatan, (3) Hotel, (4) Asrama/Domitori, (5) Pejabat, (6) Kedai, (7) Kilang,
               (8) Tempat Penginapan, dan (9) Storan dan Am.

               2   Perakuan Bomba diperlukan oleh Premis Ditentukan untuk; (a) sokongan perolehan Sijil CCC/CFO,
               (b) sokongan perolehan/membaharui Lesen Perniagaan, (c) rujukan Penilaian sewaan ruang untuk JRP,
               (d) pemeriksaan MBK, dan (e) perolehan Sijil Perakuan Bomba (FC).

               3  Rujuk Lampiran 2.5

               4  Aplikasi FirSTech menunjukkan STATUS PREMIS samada layak atau tidak layak mendapat Perakuan Bomba.



        vii | FirSTech
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14