Page 14 - BUKU PROJEK KIK FIRST - APLIKASI FIRSTECH.docx
P. 14
Rajah 3: Perakuan Bomba Tahun 2020
Justeru, KIK FirST telah mengadakan sesi empati bersama pesona yang terdiri
daripada pengurus pejabat, wakil BBP dan wakil pegawai BKK terpilih untuk mengetahui dan
memahami sikap serta kelakuan pesona dalam usaha mencapai motif masing-masing.
Motif Pesona adalah; (i) Pengurus Pejabat: pembaharuan Perakuan Bomba diluluskan,
(ii) Anggota BBP: memeriksa dan mengesahkan keselamatan kebakaran di premis, dan (iii)
Pegawai BKK: memperakukan kepatuhan kepada Akta 341 dan memperbaharui FC Pejabat.
KIK FirST menggunakan teknik connect, interact and engage untuk menghasilkan Peta
Empati di Rajah 4. Sikap dan kelakuan pesona dalam mencapai motifnya dirumuskan untuk
mencapai kesimpulan keresahan dan kegirangan mereka. Keresahan Pesona adalah;
(a) pertindihan proses kerja, (b) proses kerja berulang, (c) risiko missing information, dan (d)
risiko wrong decision. Manakala dua kegirangan pesona ialah; (a) maklumat tepat, dan (b)
maklumat bersepadu.
Matlamat Design Thinking adalah untuk mengubati keresahan dan meningkatkan
kegirangan pesona dalam usaha untuk mencapai motif masing-masing.
KIK FirST cuba memahami keperluan pesona utama, iaitu pegawai BKK dalam
mencapai motifnya (rujuk Lampiran 2.7) dan didapati beliau perlu menyemak secara manual;
(i) butiran permohonan, (ii) memeriksa dan memperakukan keberfungsian sistem
Kelengkapan Menentang Kebakaran atau sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran
yang dilaporkan oleh premis, (iii) status pemeriksaan MBK, (iv) status OKK (v) status
keberkesanan latihan kebakaran sebelum mengeluarkan pembaharuan FC Pejabat.
4 | FirSTech