Page 11 - BUKU PROJEK KIK FIRST - APLIKASI FIRSTECH.docx
P. 11

PERINCIAN PROJEK

               1.    PENGLIBATAN PIHAK PENGURUSAN

                     a.    Sokongan & kelulusan pihak pengurusan tertinggi
                     Aplikasi FirSTech dicipta oleh KIK FirST bagi membolehkan pegawai di BKK, JBPM
               Kuala Lumpur merancang, memantau dan menguatkuasakan pematuhan kepada Akta 341
               supaya sesebuah premis atau kawasan terhindar dari risiko kebakaran.
                     KIK FirST yang dianggotai oleh lima (5) orang pegawai BKK, JBPM Kuala Lumpur
               diluluskan penubuhannya oleh YS Pengarah, JBPM Kuala Lumpur pada tarikh 15 Januari
               2021 (rujuk Lampiran 1.1). Objektif penubuhannya adalah untuk memastikan penyampaian
               perkhidmatan  yang  cekap  dan  berkesan  serta  membudayakan  keutamaan  keselamatan
               kebakaran yang tinggi di kalangan setiap lapisan masyarakat.
                     Aktiviti  KIK  FirST  mendapat   sokongan  penuh  daripada  pihak  pengurusan  tertinggi
               JBPM,  YS  Pengarah  JBPM  Kuala  Lumpur  dan  juga  Ketua  Cawangan  Perakuan
               Keselamatan Kebakaran, BKK JBPM dengan penyediaan dan pemberian pemboleh daya
                                                     5
               pembangunan inovasi yang berkesan  (rujuk Lampiran 1.2). Juga melibatkan pengurusan
               premis dan wakil BBP yang terpilih seramai 10 orang (rujuk Lampiran 1.3).
                     Dalam  penghasilan  projek  sulung  ini,  KIK  FirST  mengadakan  sebanyak  28  sesi
               mesyuarat, iaitu setiap dua minggu sekali pada petang Jumaat (hari bekerja) jam 3.00 petang
               hingga 4.30 petang. Kehadiran adalah 99% (rujuk Lampiran 1.4).

               2.    SIGNIFIKASI PROJEK & PEMBUKTIAN

                     Signifikan  pelaksanaan  projek  berkaitan  dengan  perkara-perkara  berikut  dan
               dibuktikan (rujuk Lampiran 2.1);

                     a.    Kaitan dengan fungsi utama jabatan/organisasi
                     Projek ini amat berkaitan dengan fungsi iaitu untuk memastikan semua premis atau
               kawasan seliaan BKK, JBPM Kuala Lumpur terhindar daripada risiko kebakaran.

                     b.    Memenuhi kehendak pelanggan & pemegang taruh (Stakeholder)
                     Bagi  pelanggan,  iaitu  di  kalangan  pengurus  premis  adalah  untuk  keselamatan
               kebakaran di premis atau kawasan masing-masing bagi mematuhi Akta 341.
                     Manakala  bagi  pemegang  taruh,  iaitu  pengurusan  tertinggi  JBPM  adalah  untuk
               memastikan penguatkuasaan Akta 341 dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

                     c.    Kaitan dengan Agenda Nasional
                     Projek  ini  adalah  untuk  merealisasi  matlamat  Hala  Tuju  Strategi  KPKT  sebagai
               kementerian berprestasi tinggi dan berorentasikan keberhasilan demi kesejahteraan rakyat.







               5  Rajah 10: Pemboleh daya Pembangunan Inovasi yang berkesan, Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
               Bilangan 1 Tahun 2016


        1 | FirSTech
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16