Page 19 - BUKU PROJEK KIK FIRST - APLIKASI FIRSTECH.docx
P. 19

Sebanyak dua (2) cadangan pengkayaan idea pesona dihasilkan oleh KIK FirST (rujuk
               Lampiran  3.2).  Setelah  kedua-dua  cadangan  tersebut  dinilai  menggunakan  elemen
               PQCDSM,  Cadangan  2  seperti  di  Rajah  10  dipilih.  Cadangan  2  menumpukan  kepada
               perubahan proses kerja sedia ada. Ia bukan sahaja menepati ciri-ciri FIRST juga melepasi
               elemen-elemen penilaian PQCDSM. Malah menerapkan konsep DRIFT untuk memastikan
               proses kerja lancar.

               Rajah 10: Cadangan 2, Cadangan Pengkayaan Idea Pesona (Cadangan Penyelesaian)
































                [Intervensi Prototype – Prototaip]
                     Senibina  pengaturcaraan  prototaip aplikasi  FirST  juga  adalah  berpandukan  kepada
               ciri-ciri FIRST (rujuk Lampiran 3.3). Pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan memeriksa,
               memantau dan mengesahkan kepatuhan premis kategori pejabat mengikut Akta 341 perlu
               mengemaskini  maklumat  yang  diperolehi  dalam  aplikasi  untuk  mewujudkan  STATUS
               PREMIS  dan  disimpan  dalam  Bank  Maklumat.  Apabila  pegawai  BKK  menerima  suatu
               permohonan  FC  Pejabat,  beliau  hanya  perlu  menyemak  STATUS  PREMIS  terkini  dalam
               aplikasi FIRST sebelum melaksanakan pemeriksaan bangunan berbanding dengan kaedah
               manual perlu menyemak sebanyak 13 fail sebelum melaksanakan pemeriksaan.

                     b.    Pelan tindakan penyelesaian
                     Prototaip  cadangan  pengkayaan  idea  pesona  dan  senibina  pengaturcaraan  telah
               dibentangkan  dalam  Sesi  Interaksi  Prototaip  kepada  pesona.  YS  Pengarah  JBPM  Kuala
               Lumpur juga hadir dan meluluskan ciptaan inovasi seperti ditunjukkan dalam Kanvas Inovasi
               di Rajah 11 dan Pelan Tindakan Penyelesaian (rujuk Lampiran 3.4).








        9 | FirSTech
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24