Page 80 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 80
SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
g. Membuat dan mengeluarkan senarai aset dan inventori untuk dipamerkan.
4. JK Pengurusan ICT
a. Menghasilkan, mengurus dan mengemaskini lnstagram/Facebook/Google Classroom.
b. Mengumpul dan mempamerkan bahan yang sesuai untuk meningkatkan keceriaan Bilik
Bestari.
c. Menyediakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna memahami dan mematuhi
langkah keselamatan dan peraturan Bilik Bestari.
d. Membaikpulih komputer yang mengalami kerosakan.
e. Merancang aktiviti pembudayaan ICT yang melibatkan seluruh warga sekolah.
f. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.
g. Menyiapkan bahan persembahan digital yang dikehendaki oleh pihak sekolah.
h. Menguruskan stok, inventori dan harta modal.
5. JK Mesyuarat Guru/Dialog Prestasi
a. Mencatat minit mesyuarat seperti maklumat berikut:
● Senarai Kehadiran
● Perkara penting yang dibincangkan
● Keputusan yang dibuat
b. Menyediakan minit mesyuarat menggunakan format minit mesyuarat.
c. Mengedarkan minit mesyuarat dan Borang Maklum Balas dalam tempoh 7 hari bekerja
selepas mesyuarat kepada semua ahli mesyuarat.
d. Mengumpulkan dapatan maklum balas awal dalam masa 14 hari bekerja.
e. Menyatukan dapatan maklum balas terkini untuk edaran, selewat-lewatnya 7 hari sebelum
mesyuarat akan datang.
f. Memfailkan minit mesyuarat.
6. JK Pengurusan Maklumat Sekolah
a. Melaksanakan mesyuarat dan mematuhi tarikh kutipan penghantaran data yang
ditetapkan.
b. Mengemaskinikan data online berkaitan pengurusan sekolah yang sedang berkuat kuasa
seperti EMIS, SKPM dan lain-lain.
c. Memastikan data dan maklumat yang dihasilkan berkualiti, terkini, disemak dan disahkan.
d. Menyimpan segala dokumen (bahan bercetak atau elektronik) berkaitan pengurusan data
EMIS di tempat yang selamat.
e. Menyelenggara komputer yang digunakan untuk tujuan pengurusan maklumat sekolah
dengan baik.
f. Memaklumkan kepada PPD tentang masalah talian Internet dan penyelenggaraan
peralatan ICT.
g. Melaksanakan tindakan sebagai pembekal utama data pendidikan.
7. JK Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Dan Laporan Nilai
Prestasi Tahunan (LNPT) AKP
PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)
a. Menubuhkan Jawatankuasa PBPPP Organisasi tahun berkenaan.
b. Memastikan maklumat Pegawai Penilai (PP) di setiap organisasi dikemas kini dan lengkap.
c. Mengenal pasti PP yang layak dinilai mengikut syarat Pegawai Yang Dinilai (PYD).
d. Mengenal pasti PP mengikut syarat penetapan PP.
e. PYD, PP1 dan PP2 menyediakan dan menetapkan sasaran keberhasilan mengikut garis
panduan yang ditetapkan.
f. Mengemaskinikan fail pengurusan PBPPP mengikut tatacara pengurusan fail.
72 SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah