Page 82 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 82
SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
k. Mengenal pasti keperluan untuk pembangunan laluan kerjaya.
l. Melaksanakan perkongsian kemahiran/kepakaran yang diperoleh daripada sesi
bengkel/kursus di luar dalam kalangan warga sekolah mengikut kesesuaian.
10. JK Professional Learning Community (PLC)
a. Merancang pelaksanaan mengikut takwim sekolah
b. Memastikan direkodkan dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan
(SPLKPM).
11. JK Program Pembangunan Guru Baharu
a. Memastikan pelaksanaan PPGB mengikut tatacara penyediaan dan penggunaan
dokumen:
i. Surat lantikan mentor oleh pentadbir sekolah
ii. Akuan terima guru mentor dan guru baharu
iii. Log pementoran
iv. Borang penilaian guru baharu
v. Laporan status pelaksanaan PPGB
vi. Sijil penyertaan PPGB dan sijil penghargaan PPGB
b. Memastikan pelaksanaan PPGB distrukturkan secara tiga fasa iaitu fasa orientasi, fasa
pementoran dan fasa pembangunan profesionalisme dalam tempoh tiga tahun pertama
perkhidmatan.
12. JK Kewangan Sekolah
a. Memastikan segala perbelanjaan mengikut arahan jabatan.
b. Merekod dan mengemaskinikan segala perbelanjaan yang dilakukan.
c. Memastikan segala butiran perbelanjaan adalah benar.
d. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan menyediakan minit mesyuarat
berkenaan.
e. Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada guru tingkatan.
f. Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan.
g. Mengagihkan buku resit kepada guru tingkatan.
h. Memastikan semua terimaan telah dimasukkan ke dalam bank.
i. Memastikan semua pembelian/pembayaran dibuat mengkut peraturan kewangan.
j. Menyelenggara buku tunai KERAJAAN/SUWA/PANJAR WANG RUNCIT.
k. Menyemak dan menandatangani penyata kewangan dalam buku tunai KERAJAAN/ SUWA/
PANJAR WANG RUNCIT.
l. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurang empat kali setahun
13. JK Pengurusan Aset Alih Sekolah
a. Menyemak dan mengenal pasti kedudukan aset.
b. Mengurus semua aset Kerajaan di bawah kawalannya dengan pematuhan kepada prosedur
serta menggunakan borang/format/dokumen yang telah ditetapkan.
c. Menyediakan laporan suku tahun pengurusan aset dan stor menggunakan format Pekeliling
Perbendaharaan Malaysia. Laporan hendaklah dikemukakan kepada PPD.
14. JK Sebut Harga dan Harta Modal
a. Bersidang dengan kerapnya untuk melancarkan perancangan perolehan dan
mempercepatkan sistem penyampaian kerajaan.
b. Menimbang dan memilih tender, sebut harga dan pajakan yang disertai oleh
pemborong/kontraktor sesuatu projek yang dilaksakan oleh sekolah.
c. Menentukan tender, sebut harga dan pajakan dibuka sebaik sahaja tender, sebut harga atau
pajakaan ditutup.
d. Membuat keputusan ke atas pemberian tender, sebut harga dan pajakan.
74 SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah