Page 83 - BUKU PENGURUSAN 2024 2025_V4 (1)_Neat
P. 83
SK DATOK KERAMAT 1, KUALA LUMPUR
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SESI AKADEMIK 2024/2025
e. Mendengar dan mempertimbangkan rayuan, bantahan cukai taksiran dan perkara yang
berkaitan dengannya.
f. Mempertimbangkan kaedah bagi meningkatkan kutipan cukai pintu.
15. JK Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
a. Meneliti dan memahami semua dokumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
b. Memastikan data/maklumat berkaitan sekolah dikemas kini.
c. Menyelaraskan pelaksanaan penarafan kendiri.
d. Menyelaraskan aktiviti pengumpulan, penyemakan dan pengemaskinian maklumat
berdasarkan standard yang telah ditetapkan secara berkala.
e. Memastikan setiap ahli Pasukan Pelaksana Standard (PPS) menyedia, dan menyimpan
evidens yang berkaitan dan kemas kini.
f. Mengadakan mesyuarat satu kali setahun.
g. Mematuhi tarikh aktiviti pengumpulan maklumat dilaksanakan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
h. Membekalkan laporan SKPM kepada PPD, JPN atau KPM mengikut keperluan.
i. Menyelaraskan tindakan penambahbaikan berdasarkan Laporan Kualiti SKPM.
16. JK Pengurusan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
a. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
b. Mengenal pasti dan menyelesaikan isu dan permasalahan AKP di sekolah.
c. Mengurus dan menyelia pengoperasian bilik khas berkaitan kurikulum.
17. JK Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)
a. Memastikan proses yang diperlukan diwujudkan, dilaksanakan dan disenggara.
b. Membuat penilaian prestasi dan sebarang keperluan penambahbaikan.
c. Memastikan kesedaran mengenai keperluan-keperluan pelanggan diwujudkan di kalangan
anggota organisasi.
d. Berurusan dengan pihak luar.
e. Memastikan maklumat tentang SPSK dan keberkesanannya disampaikan kepada anggota
dalam organisasi melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah, Mesyuarat Guru,
Mesyuarat Hal Ehwal Murid, Mesyuarat Kokurikulum, Mesyuarat Panitia, Perhimpunan Pagi,
Papan Kenyataan, Poster, Buletin dan lain-lain kaedah yang difikirkan sesuai.
18. JK MYPORTFOLIO
a. Memastikan penyediaan myPortfolio oleh semua guru dan AKP.
b. Memastikan pelaksanaan tugas berpandukan myPortfolio dilaksanakan bagi memperkasa
peranan dan akauntabiliti sekolah.
c. Memastikan pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara yang lebih komprehensif
dilaksanakan oleh guru dan AKP.
19. JK Pengurusan Bencana Sekolah
a. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
b. Menyediakan perancangan dan mengatur strategi untuk menghadapi bencana.
c. Memaklumkan kepada warga sekolah tentang pelan pengurusan risiko menghadapi
bencana.
d. Menyimpan dokumen dan alat berharga di tempat tinggi dan selamat.
e. Memaklumkan perkara itu segera kepada jabatan (KPM/JPN/PPD/Polis/Bomba serta
individu -PIBG dan ibu bapa) untuk mendapat bantuan.
f. Memindahkan semua warga institusi ke tempat yang lebih selamat apabila bencana dijangka
akan mencapai paras bahaya atau apabila diarah berpindah oleh Jawatankuasa Bencana
di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah.
g. Mengurus penempatan murid yang tempat kediaman mereka dilanda bencana agar dapat
75 SKDK1_Redesign SCAAP #14kearahkaramahinsaniah