Page 10 - PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK BUKIT BESI
P. 10

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
                                                     SK.BUKIT BESI
                                            23200 DUNGUN, TERENGGANU

                              MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK.BUKIT BESI KALI KE-38

                TARIKH  : 24 Febuari 2020
                HARI  : Isnin
                MASA  : 2.00 petang

                TEMPAT  : Dewan Gemilang SK Bukit Besi
                KEHADIRAN : 354 orang

   1.Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
    Pengerusi majlis mengalu-alukan tetamu jemputan ibu bapa,guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38.
   Objektif Mesyuarat Agung pada kali ini adalah bagi memperbaiki taraf pendidikan anak-anak SK Bukit Besi.


   2 .  Ucapan Guru Besar
   2.1 Puan GB mengucapkan terima kasih kepada pengerusi, kepada tetamu jemputan En.Anuar Abd Aziz,Pengerusi
   Perhubungan Ketengah Holdings Sdn Bhd, Encik Abd Razak PPD, Encik Ahmad Bakhir bin Chik YDP, rakan-rakan
   pengurusan,AJK PIBG dan para ibu bapa kerana dapat menghadirkan diri ke majlis mesyuarat agung pibg.


   2.2 Beliau menyatakan rasa kesyukuran pada Allah SWT kerana majlis ini dapat mengumpulkan para ibu bapa
   dalam majlis dua dalam satu iaitu Mesyuarat Agung dan Agihan Bayaran awal Persekolahan.



   2.3 Beliau menyatakan bahawa sekolah ini telah menjadi penanda aras di daerah BuKit Besi dan sebagai sekolah
   TS25 ,pihak sekolah menekankan kemenjadian murid dan melihat hala tuju baharu pendidikan (DUNGUN LEAD)
   digarap dalam misi dan visi sekolah.


   2.4 Sebagai peneraju dan pemimpin di sekolah ini,Puan Guru Besar perlu membina konsep LEAD bersama
   pentadbir-pentadbir,guru-guru dan staf sekolah. Beliau menyatakan rasa bersyukur kerana dapat bekerjasama
   dengan guru-guru dan berasa seronok berada di sekolah ini.


   2.5 Beliau melihat situasi pengurusan dan kualiti guru sangat penting di bawah TS25. Pengurusan TS25 akan
   digerakkan secara menyeluruh sehingga tahun 2025 semua sekolah akan diselaraskan.


   2.6 Beliau memaklumkan sebahagian guru Tahun 6 di sekolah ini merupakan pemeriksa kertas UPSR. Seramai 3
   orang guru terlibat sebagai pemeriksa kertas bagi mata pelajaran sains,Matematik dan Bahasa Inggeris. Selepas
   ini,pihak sekolah akan cuba wujudkan pemeriksa BM supaya pencapaian PPSR akan dapat ditingkatkan tahun ini.


   2.7 Beliau memaklumkan bahawa sekolah ini telah dapat mendapat 5 anugerah pencapaian terbaik PPSR di bawah

   pimpinan mantan Guru  Besar ,Encik Abdul Razak. Oleh itu,beliau akan meneruskan legasi pencapaian sekolah.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15