Page 11 - PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK BUKIT BESI
P. 11
2.8 Beliau memaklumkan beberapa program telah digerakkan iaitu mewujudkan kelas petang dan kelas malam
bagi tahun 6. Selain itu,majlis temu murni,klinik subjek secara berfokus dan kelas bimbingan malam tahun 5 turut
diwujudkan. Program kerohanian kemenjadian murid seperti solat hajat,solat dhuha, dan bacaan Yassin telah
dilaksanakan oleh Panitia Agama.
2.9 Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mewujudkan saluran telegram info SKBB (teleparent)
untuk para ibu bpa mendapat pelbagai maklumat tentang aktiviti sekolah seperti maklumat tentang baiki pulih
surau. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak ibu bapa yang telah memberi sumbangan untuk surau.
2.10 Beliau memaklumkan pihak sekolah akan menyediakan pdpc persekitaran yang menarik untuk kemudahan
murid-murid dan guru terutamanya murid tahap satu yang lebih berfokus kepada PBD. Pihak sekolah telah
membaiki pulih Bilik Maya seperti peralatan LCD,skrin dan sebagainya bagi mewujudkan keseronokan murid
untuk belajar.
2.11 Beliau memaklumkan bahawa pencapaian sekolah dalam kokurikulum sangat membanggakan bagi tahun
2020. Antara pencapaian tersebut ialah dua orang murid sekolah ini yang telah mewakili daerah Dungun dalam
kejohanan Hoki MSSD telah mendapat tempat ketiga bagi kategori lelaki dan perempuan johan. Sekolah ini juga
turut menjadi johan bagi peringkat PKG Bukit Besi dan tempat ketiga peringkat daerah dalam kejohanan bola
jaring. Seorang murid sekolah ini juga telah mewakili daerah Dungun dalam pertandingan bola jaring MSST dan
mendapat tempat kedua. Bagi kejohanan badminton,kategori perempuan telah menjadi johan dan tempat
ketiga peringkat PKG Bukit Besi bagi perseorangan. Acara beregu perempuan dan lelaki juga telah menjadi
johan,dan ketiga bagi lelaki. Dua orang murid sekolah ini juga telah mendapat tempat ketiga perseorangan dan
beregu perempuan di peringkat daerah Dungun.Pencapaian permainan-permainan lain seperti bola
tampar(ketiga),catur dan golf turut membanggakan. Pencapaian ini membuktikan bahawa murid-murid sekolah
ini amat berpontensi dalam melahirkan bakat sukan di daerah dungun.
2.12 Pihak sekolah juga telah terlibat dalam kejohanan merentas desa peringkat daerah Terengganu dan PKG
Bukit Besiiaitu Bukit Besi telah dipilih sebagai trek larian. Untuk itu mesyuarat kejohanan tersebut telah diadakan
di sekolah SKBB dan sebahagian guru sekolah ini terlibat sebagai pegawai kejohanan.
2.13 Beliau memaklumkan segala pencapaian ini disebakan komitmen yang datang dari semua pihak. Pihak
sekolah amat memerlukan idea,tenaga kepakaran dan wang ringgit. Justeru itu,pihak ibu bapa perlulah prihatin
terutama dari segi kehadiran ke sekolah. Pihak sekolah tidak mahu berlaku gejala ponteng dalam kalangan murid
di sekolah ini.
2.14 Puan guru besar juga memaklumkan ,pihak sekolah telah membina sebanyak 22 garaj kereta untuk guru
bagi menjaga keselamatan murid dan mengelakkan kesesakan berlaku di hadapan pintu utama sekolah. Pihak
sekolah telah menerima sumbangan batu geseran daripada pihak Ketengah Holding. Pihak sekolah telah
meratakan kawasan berhampiran kuarters guru bagi pembinaan garaj kereta guru.
2.15 Guru besar juga memaklumkan bahawa Duit Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 akan diagihkan kepada
ibu bapa yang layak dan pemilihan tersebut telah dipilih oleh panel-panel yang idilantik khas dalam kalangan
AJK PIBG,dan guru-guru. Beliau berharap bantuan tersebut dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa.