Page 12 - PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK BUKIT BESI
P. 12

3. Ucapan YDP PIBG ( En. Ahmad Bakhir bin Chik )



      3.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKBB dan AJK PIBG kerana bertungkus lumus
      menguruskan persediaan mesyuarat agung PIBG. Beliau memaklumkan ba hawa ini kali pertama mesyuarat
      agung diadakan bersama dengan penyerahan duit  Bantuan Awal Persekolahan.


      3.2 Beliau memaklumkan setiap tahun sekolah mengadakan mesyuarat agung PIBG dan   pemilihan AJK
      yang baharu akan dilakukan.


      3.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Ketengah Holding kerana banyak  membantu pihak
      sekolah. Pada tahun lepas,Ketengah Holding telah memberi sumbangan  sebanyak RM1000 untuk membantu

      kecemerlangan murid-murid tahun 6.


      3.4 Beliau memaklumkan pada tahun ini,Ketengah Holding telah menyumbang 80 tan batu untuk pembinaan
      kawasan parking kereta guru-guru. Kawasan parking yang baharu itu  dibina bertujuan mengelakkan
      kesesakan yang berlaku di pintu utama.


      3.5 Ibu bapa yang menghantar anak-anak tidak dibenarkan masuk ke dalam sekolah kecuali  ibu bapa yang
      menghantar anak-anak Pra sahaja. Ibu bapa juga dinasihatkan supaya  menghantar anak jauh sedikit dari
      pintu utama untuk mengelakkan kesesakan dan ber harap tidak berlaku musibah atau kejadian yang tidak
      diingini.



      3.6 Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah telah berjaya membina pondok di sebelah  kantin sekolah
      yang telah dihadiahkan oleh DUN Bukit Besi iaitu Tuan Ghazali.


      3.7 Beliau mengingatkan para ibu bapa agar bersatu untuk meningkatkan anak-anak orang   Melayu dan
      membentuk anak-anak Melayu menjadi yang berkualiti.


      3.8 PIBG bertujuan untuk membantu sekolah mencari sumber kewangan dan dana melalui   pelbagai pihak
      untuk murid-murid sekolah ini. Namun apa yang dikesali ialah sikap  segelintir ibu bapa yang tidak memberi
      komitmen pada pihak sekolah dan PIBG. Sekiranya  pihak sekolah mengadakan aktiviti gotong royong,tidak

      ramai ibu bapa yang hadir. Beliau  berharap di masa akan datang, jumlah penglibatan ibu bapa dalam
      kegiatan yang  dianjurkan oleh sekolah akan lebih ramai.


      3.9 Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah amat memerlukan sokongan dari sudut  kewangan dan
      beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh ibu bapa. Beliau menasihati  agar ibu bapa tidak
      mempertikaikan jumlah sumbangan yang diminta oleh pihak sekolah  kerana duit sumbangan digunakan
      untuk kemudahan anak-anak di sekolah ini. Beliau juga  menasihati agar duit bantuan awal persekolahan itu
      digunakan sebaik-baiknya oleh ibu  bapa.


      3.10  Beliau memaklumkan pada tahun ini,Yayasan Pembangunan Islam telah memberi bantuan  kepada
      yang miskin. Pihak kerajaan negeri juga telah memberi bantuan melalui MAIDAM  kepada ibu bapa.



      3.11 Beliau menggesa para ibu bapa supaya membantu sekolah bagi meningkatkan taraf
       pendidikan,menjadikan sekolah sebagai satu wardah untuk menjadikan anak-anak yang  berkualiti dan
      berharap agar ibu bapa sentiasa berdoa kepada Allah SWT mengurniakan  anak-anak yang cemerlang.
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17