Page 13 - PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK BUKIT BESI
P. 13

4. Ucapan perasmian oleh YBhg. Tn Mohd Hasbie Muda



     4.1 Beliau memaklumkan telah meletakkan pegawai-pegawai di setiap bandaran bagi  merapatkan hubungan
     dengan masyarakat persekitaran.


     4.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah,PIBG kerana menjemput  merasmikan mesyuarat
     agung ini dan merakamkan tahniah kepada guru-guru kerana sikap  kerjasama yang erat dalam persiapan majlis.


     4.3 Beliau memaklumkan bahawa pendidikan sekarang telah mencapai kemajuan. Oleh itu,para  ibu bapa perlu
     tahu perkembangan pendidikan. Murid-murid perlu memberi perhatian     kepada pelajaran kerana mereka akan
     menuju ke era pekerjaan.


     4.4 Beliau memaklumkan pihak Ketengah telah mengiklankan jawatan lebih daripada 52  jawatan untuk diisi dan
     masyarakat bersaing untuk mengisi kekosongan jawatan yang   ditawarkan. Oleh itu,murid-murid perlu
     mengambil serius tentang hal ini untuk mendapat  pekerjaan di masa akan datang.



     4.5 Beliau menyeru supaya guru-guru melaksanakan tugas sebagai pendidik dengan penuh  keikhlasan dan jujur.


     4.6 Beliau mengingat agar ibu bapa memantau anak-anak terutama selepas sekolah bagi   memastikan anak-
     anak melakukan aktiviti yang berfaedah,menyiapkan kerja sekolah dan  tidak melakukan perkara-perkara yang
     tidak diingini.


     4.7 Beliau memaklumkan bahawa pada pertengahan tahun ini,pihak muzium di Bukit Besi ini  akan beroperasi.
     Pihak muzium akan mengadakan pelbagai program bagi menggalakkan  pelancong dan masyarakat setempat.
     Antaranya lawatan tempat bersejarah di Bukit Besi  dan program ini akan memberi peluang pekerjaan kepada
     penduduk di Bukit Besi.


     4.8 Pihak Muzium telah melatih 10 orang pemandu pelancong yang terdiri daripada anak-anak  muda Bukit Besi.


     4.9 Beliau memaklumkan akan cuba membantu pihak sekolah memantapkan kemudahan  tempat parking kereta
     guru-guru.


     4.10 Akhir kata,dengan lafaz Bismillah,beliau merasmikan Mesyuarat Agung Kali ke 38 ini.



     5. AGENDA 1 : Ucapan YDP PIBG/Pengerusi Mesyuarat


     5.1 Menyeru supaya para ibu bapa menyertai saluran yang telah diwujudkan oleh pihak sekolah INFO SKBB bagi
     membolehkan ibu bapa mendapat maklumat tentang aktiviti yang berlaku di  sekolah.


     5.2  Meminta pihak sekolah mengemas kini info dari semasa ke semasa dan memaklumkan Ibu  bapa tidak boleh
     memberi komen dalam group tersebut.


     5.3 YDP berharap guru-guru dapat mewujudkan group wasap kelas untuk ibu bapa supaya   maklumat dapat
     disampaikan secara cepat dan pantas.


     5.1.4 Para ibu bapa juga boleh melayari Facebook sekolah..like facebook dan boleh memberi   cadangan melalui

     facebook
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18