Page 22 - AJH - BAB 1
P. 22

#1

         Kurangkan bercakap dengan orang lain, (jika tiada hal yang penting


         melibatkan  kerja  dan  tanggungjawab  anda,  adalah  baik  anda

         berdiam sahaja). Sebab ketika kita bercakap,  kiran kita yang sedia


         ada sibuk akan bertambah sibuk! Dan ketika ia terlalu sibuk ketika

         itulah ia menjadi stress dan mudah terjebak dengan prasangka dan

         pandangan yang negatif.





         #2


         Mengambil bahagian dalam setiap latihan yang saya berikan, dengan

         menjawabnya di dalam buku journal anda. Sediakan satu buku

         journal khas untuk mencatat kesedaran anda dari latihan yang


         diberikan. Sebab mengikut pengalaman saya, setiap kali latihan yang

         saya lakukan pasti ada kesedaran baru yang saya dapatkan. Dan

         kesedaran ini penting untuk kita catat sebab hal yang kita tulis akan


         lebih tertanam di dalam minda bawah sedar kita. Supaya kesedaran

         ini sentiasa tertanam dan menjadi DNA kekal dalam diri kita setiap

         saat!





         #3


         Kurangkan makan di sepanjang 21 hari ini, berhenti sebelum

         kenyang, sebab perut yang penuh akan menyebabkan badan

         menjadi penat dan energi positif mudah turun. Minum banyak air


         sebab sepanjang latihan 21 hari ini banyak energi negatif yang perlu

         kita alirkan keluar.
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27