Page 112 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 112
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
Jalan College, 93200 Kuching, Sarawak.
2
1 670-20-goh@epembelajaran.edu.my, 660-20-grace@epembelajaran.edu.my,
3 663-20-shirly@epembelajaran.edu.my
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perspektif guru prasekolah terhadap
penggunaan aplikasi multimedia iaitu Preschool Fingers On. Pada pandemik Covid-
19 ini, pengajaran secarabersemuka ditangguhkan dan ini menyebabkan guru
prasekolah menghadapi kesukaran untuk menyampaikan pengajaran dengan
berkesan dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Pelaksanaan pengajaran melalui modul didapati membosankan dan kurang
menarik minat murid melibatkan diri dalam PdPR. Oleh itu, Preschool Fingers On
digunakan untuk mengganti mod pengajaran yang tradisional dengan membantu
guru menyampaikan pengajaran secara maya dengan lebih efektif, interaktif dan
menyeronokkan. Preschool Fingers On banyak menggunakan media seperti video,
kad imbasan digital, rakaman audio, permainan digital dan latihan digital untuk
menggalakkan penglibatan murid. Aplikasi ini berfokuskan Tunjang Komunikasi
iaitu English (Aa – Zz) dan Tunjang Sains dan Teknologi iaitu Early Mathematics (1
– 10). Subjek kajian ini terdiri daripada 15 orang guru prasekolah yang merupakan
pelajar Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (PDPP) ambilan Oktober
2020 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang. Soal selidik dalam
bentuk Google Form digunakan untuk mengumpul data tentang perspektif guru
prasekolah menggunakan Preschool Fingers On. Hasil kajian menunjukkan guru
prasekolah memberi maklum balas yang positif terhadap penggunaan Preschool
Fingers On. Melalui kajian ini, penggunaan Preschool Fingers On dipercayai
memudahkan guru prasekolah menyampaikan pengajaran dalam tempoh PdPR. Ia
juga dapat meningkatkan penglibatan murid dengan adanya bahan pengajaran
digital yang menarik dan menyeronokkan. Justeru, tunjang lain yang terdapat
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) boleh diterapkan
dalam aplikasi Preschool Fingers On untuk kegunaan PdPc pada masa yang akan
datang.
Kata kunci: perspektif, guru prasekolah, Preschool Fingers On, PdPR
KA23
PENGGUNAAN THINGLINK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 - BIDANG IBADAH
MOHAMAD ALI BIN MOHD NOR @ MD NOOR
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
Jalan Kolej, 93200 Kuching, Sarawak
ali.altintani89@gmail.com
Semasa menjalankan Praktikum Fasa 1, kami mendapati bahawa beberapa murid
Tahun 4 menghadapi masalah dalam menamakan sudut tegak, sudut tirus dan
sudut cakah pada bentuk segiempat tepat, segiempat sama dan segitiga
berdasarkan hasil kerja latihan mereka. Oleh itu, kami memberi ujian diagnostik
kepada mereka untuk mengesahkan masalah serta mengenal pasti punca masalah
mereka. Analisis dari hasil kerja murid dalam ujian sebelum tindakan telah
mengenalpasti murid bermasalah dalam menamakan sudut tegak, sudut tirus dan
sudut cakah pada sudut. Jawapan yang ditulis oleh murid-murid di luar jangkaan
108