Page 100 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 100
brosur tradisional yang tidak interaktif. KPAR 1.1 ini didatangkan dengan brosur AR
dan kad nama bermagnet yang mengandungi maklumat pengambilan dan mudah
diletakkan di petik sejuk di mana no telefon pegawai pengambilan boleh disimpan
secara automatik. Terbukti praktikal, menjimatkan dan mesra penggunakan
menjadikan KPAR 1.1 ini terus menjadi pilihan warga Kolej Komuniti Bagan Datuk
dalam usaha mempromosikan proses kemasukan pelajar serta menggegar industri
promosi dengan elemen yang lebih trampil dan interaktif serta menjimatkan.
Kata kunci: menyebarluaskan, mesra pengguna, digabungjalinkan, teknologi AR
KA05
TEATER FORUM: INOVASI PEDAGOGI PENDIDIKAN MORAL
2
1
NADARAJAN THAMBU, PhD ; AMINAH ABD. RHAPOR, PhD ; SHASITHARAN
3
RAMAN KUTTY, PhD ; CHANDER VENGADASALAM, PhD 4
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter, Fakulti Sains
Kemanusiaan, 35900, Tanjong Malim, Perak
1 nada@fsk.upsi.edu.my, aminah205@uitm.edu.my,
2
3 shasitharan.ramankutty@ipgm.edu.my, chandervengadasalam@gmail.com
4
Teater Forum ialah satu pedagogi pengajaran yang direka bentuk untuk
perkembangan 3 dimensi moral iaitu penaakulan moral, emosi moral, dan tingkah
laku moral. Ketiga-tiga dimensi ini mampu dikembangkan melalui empat langkah
dalam Teater Forum iaitu: (i) Olahan skrip (ii) Lakonan anti-model (iii) Sesi forum
dan (iv) Lakonan intervensi. Antara objektif Teater Forum ialah memberikan latihan
kemoralan kepada murid untuk mengenali dilema moral dalam kehidupan sebenar
(real-life dilemma), menangani dilema tersebut secara berhemah, membuat
pertimbangan semasa menangani konflik dan seterusnya membuat keputusan
yang bermoral. Keunikan produk Teater Forum ialah, keempat-empat langkah
dalam pedagogi Teater Forum akan dikendalikan oleh badut atau joker yang
berperanan sebagai guru atau fasilitator. Justeru, murid yang terlibat dalam Teater
Forum akan belajar secara santai selaras dengan konsep ‘didik-hibur’ atau fun
learning. Kajian menunjukkan, pengajaran Pendidikan Moral di sekolah dan
universiti harus bersandarkan situasi yang mempunyai dilema moral agar murid
dapat dilatih untuk menguasai kemahiran ‘moral reasoning’. Pedagogi Teater
Forum bersifat transformatif kerana, isi kandungan dalam buku teks diubah
(transform) sebagai skrip teater (sesi olahan skrip) dan dilakonkan sebagai
(lakonan anti-model) serta konflik atau masalah yang ditimbulkan dalam lakonan
anti-model diselesaikan melalui lakonan intervensi. Maka, Teater Forum menjadi
pedagogi yang mengalami transformasi daripada pengajaran fakta buku teks yang
sehala, pasif dan stereotype kepada bentuk pengajaran aktif (active learning) yang
mementingkan aksi, lakonan, emosi, pemikiran kritis, kreativiti dan tingkal laku
prososial secara insitu di bilik darjah. Teater Forum mempunyai potensi
pengkomersialan iaitu sebagai Modul Pengajaran dan Bengkel Pedagogi kepada
sekolah, politeknik, IPG dan universiti.
Kata kunci: Teater Forum, Pendidikan Moral, Olahan Skrip, Lakonan anti-model,
Lakonan intervensi.
96