Page 97 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 97
Abstrak Pertandingan Inovasi
e-Seminar Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan 2021
(e-SPeDIP2021) Peringkat Kebangsaan
Kategori A : IPTA / IPTS / IPG / IAB / Matrikulasi / ILP / IKBN / Tingkatan 6 /
JPN / PPD / SISC+ / SIP
KA01
INOVASI CER-BA
2
1
KAMA SHAFFEEI, PhD ; ABDUL RAHIM RAZALLI, PhD ; HABIBAH
3
HAMZAH
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Fakulti Pembangunan Manusia, Kampus Sultan Azlan shah, Proton City, 35900
Tanjong Malim, Perak.
1 2 3 3
kama@fpm.upsi.edu.my, rahim.r@fpm.upsi.edu.my, habibah1970@gmail.com
Inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi Murid Berkeperluan Khas
Masalah Pembelajaran (MBKMP) di sekolah menengah dengan pengaplikasian
Inovasi CER-BA. CER-BA ialah pendekatan membaca dengan menggunakan
kaedah bergambar sesuatu kemahiran bacaan dalam subjek Bahasa Melayu.
Hanya dengan menggunakan pendekatan CER-BA, guru lebih mudah mengajar
konsep asas literasi secara ansur maju seawal kemahiran mengenal huruf yang
kemudian dikembangkan kepada kemahiran membatang suku kata, mengeja
perkataan seterusnya diperluaskan lagi dalam kemahiran membaca dan menulis
ayat mudah. Semua ini hanya dengan menggunakan satu bahan bantu mengajar
sahaja iaitu CER-BA. Objektif kajian ialah mengenalpasti penggunaan kaedah
CER-BA dalam meningkatkan bacaan Murid Berkeperluan Khas Masalah
Pembelajaran di sekolah menengah. Metodologi kajian dilaksanakan secara
kualitatif dan berbentuk kajian kes. Sampel kajian melibatkan seorang guru dan
lima orang murid di sekolah menengah. Instrumen pemerhatian, analisis dokumen
dan temubual digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran di sekolah menengah boleh
mengikuti kaedah CER-BA dengan langkah-langkah yang disediakan oleh guru
Bahasa Melayu di dalam PdPc atau PdPR. Sokongan pihak sekolah dan ibubapa
penting bagi membantu murid menguasai kemahiran membaca. Penggunaan
inovasi CER-BA kepada Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran di
sekolah menengah perlu diperluas dan berpotensi dikomersialkan dalam bentuk
maujud atau teknologi pengajaran Bahasa Melayu pada masa depan. Implikasi
kajian ialah guru diberi pendekatan alternatif dengan pendekatan PdPC atau PdPR
menggunakan kaedah CER-BA di bilik darjah mahupun atas talian bagi membantu
murid menguasai bacaan dengan lebih cepat dan bersistematik.
Kata kunci: CER-BA, literasi, Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran,
sekolah menengah
93