Page 94 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 94
Modul Multimedia Interaktif Membuat Pakaian (MIMP) dibangunkan untuk
kegunaan guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) topik membuat
pakaian bagi mata pelajaran Sains Rumah Tangga (SRT) di sekolah menengah
harian di Malaysia. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran SRT adalah lebih
berbentuk kemahiran amali berbanding teori. Kajian ini bertujuan untuk menguji
kesan penggunaan modul MIMP ke atas kemahiran prosedural menjahit pakaian
dalam kalangan murid tingkatan empat. Rekabentuk kajian kuantitatif dengan
menggunakan kaedah kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Proses
pengumpulan data pula menggunakan reka bentuk ujian pra dan post. Sampel
kajian seramai 73 orang murid SRT tingkatan empat yang telah dipilih secara
rawak kelompok dan dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kawalan. Seramai
37 orang murid kumpulan rawatan diajar menggunakan modul MIMP manakala 36
orang murid kumpulan kawalan pula diajar secara konvensional. Data dianalisis
menggunakan ujian SPANOVA. Dapatan menunjukkan bahawa modul MIMP
memberi kesan yang signifikan terhadap kemahiran prosedural menjahit dengan
nilai p<0.05. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa modul MIMP
berjaya meningkatkan keupayaan kognitif dan psikomotor murid dalam
pembelajaran topik membuat pakaian. Sebagai kesimpulannya, pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan multimedia mampu memberi kesan yang lebih baik
berbanding dengan kaedah konvensional.
Kata kunci: Modul Multimedia Interaktif, Membuat Pakaian, Kemahiran prosedural
menjahit, PAK-21
VPH03
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGELIM KABEL RANGKAIAN RJ45 T568A
DAN T568B MENGGUNAKAN KAEDAH “NATURE LAW” BAGI PELAJAR-
PELAJAR SEMESTER 2 SVM PROGRAM SISTEM KOMPUTER DAN
RANGKAIAN DI KOLEJ VOKASIONAL MIRI.
AZRI BIN SAID
Kolej Vokasional Miri
No 10, Jalan Jee Foh, Krokop, 98000 Miri, Sarawak
ghazrie@hotmail.com
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid
Semester 2 Program Sistem Komputer dan Rangkaian bagi modul KSK 2023
Server Sofrware Installation bagi subtopik “Cable Crimping and Testing” –
Membina Kabel Rangkaian dan Membuat Pengujian. Seramai 15 orang murid SVM
Semester 2 Program Sistem Komputer dan Rangkaian di Kolej Vokasional Miri
Sarawak dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui ujian pra, ingatan susunan warna bagi kabel T568A dan
T568B. Hasil ujian pra menunjukkan kebanyakan murid tidak dapat mengingati
susunan warna bagi kabel T568A dan T568B. Ada yang membuat susunan secara
terbalik dan ramai juga yang menyusun sesuka hati sahaja walaupun proses
“Cable Crimping and Testing” – Membina Kabel Rangkaian ini telah dibuat sebelum
menjawab ujian pra. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik
meningkatkan daya ingatan melalui keadaan persekitaran manusia – Nature Law
(Matahari, Angin, Rumput, Tanah). Murid didedahkan kepada Nature Law selama
120 minit sebelum ujian pos di jalankan dan kajian ini telah diselesaikan dalam
tempoh 2 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi
90