Page 98 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 02092021
P. 98
KA02
E-VALUE GAMES
2
1
MOHD SYAUBARI BIN OTHMAN , MOHD AFIFI BAHARUDIN BIN SETAMBAH ,
MOHD RIDHUAN BIN MOHD JAMIL 3
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Fakulti Pembangunan Manusia, Kampus Sultan Azlan shah, Proton City, 35900
Tanjong Malim, Perak.
1 2 3
syaubari@fpm.upsi.edu.my, afifi@fpm.upsi.edu.my, ridhuan@fpm.upsi.edu.my
Rentetan daripada isu-isu nilai yang melingkar dalam kalangan pelajar, satu usaha
perludilaksanakan dengan menyumbang kepada sebahagian penyelesaian dan
sebagai sokongan kepada usaha yang telah dilakukan. Usaha ini juga perlu
dilaksanakan diperingkat permulaan dengan meletakkan fokus kepada golongan
muda dan pendekatan permainan adalah yang berkesan. Untuk itu, permainan
inovasi E-VALUE adalah inisiatif ke arah keseimbangan di antara pencapaian
akademik dan pembangunan sahsiah. Ini sebagai satu nilai tambah kepada usaha
memantapkan nilai di kalangan masyarakat khususnya pelajar. Permainan secara
inovasi di adaptasi dengan meletakkan elemen NILAI dijadikan kerangka utama.
Kaedah permainannya adalah peserta perlu menamatkan pertandingan dengan
memastikan jumlah pusingan dan wang tunai berada seperti yang telah ditetapkan.
Permainan ini sesuai di mainkan dengan kanak-kanak dan remaja dengan
perincian ada dinyatakan di dalam kertas konsep ini. Permainan ini dijalankan
secara santai dan mudah dimainkan. Matlamat permainan ini adalah untuk
membangunkan karekter seorang pelajar dalam memastikan keseimbangan
akademik dan sahsiah dapat dikombinasikan. Kemantapan nilai sahsiah adalah
keperluan penting dalam era generasi pelajar abad ke 21. Tanpa kekukuhan nilai,
generasi yang lahir akan tenggelam dengan pelbagai ledakan sistem pendidikan.
Untuk itu, permainan ini adalah salah satu nilai tambah kepada usaha
pembentukan generasi muda yang sentiasa mendahulukan nilai dalam setiap
tindakan
KA03
SMART BIKE INFO 2021 ( SBI 2021 )
1
2
MUHAMAD AZLIN BIN ISMIAL , MUHAMMAD ZAIM BIN ABDULLAH HASIM ,
3
RAJA AHMAD SYAWAL BIN RAJA MUSA
Kolej Komuniti Bagan Datuk
Lorong Lagenda 2, Medaniaga Lagenda 36400 Hutan Melintang Perak
1
muhamad_azlin@yahoo.com
Smart Bike Info 2021 ( SBI 2021 ) merupakan produk inovasi baharu yang
digunakan bagi untuk memberikan info asas yang berguna kepada komuniti pelajar
dalam khususnya untuk sesi PdP penyelenggaraan motosikal. SBI mampu
memberikan info yang tepat dan berinformasi kepada pelajar dan pengguna dalam
masa yang singkat dan mudah. Dalam sesi pembelajaran biasa pensyarah akan
menerangkan konsep sambil menunjukkan lukisan kaedah pengujian di papan
putih seterusnya menunjukkan demonstrasi kepada beberapa kumpulan pelajar
sebelum memberi ruang kepada pelajar untuk melaksanakan sendiri amali. Strategi
94