Page 3 - ENEWSLETER NIIISe EDISI 04
P. 3
Januari 2022 - Mac 2022 |
LATIHAN PEMINDAHAN PENGETAHUAN (ToK)
PENGENALAN DAN PEMAHAMAN ISMS
I
E
S
I
/
O
C
0
1:2
3
1
7
2
0
0
MS
MS ISO/IEC 27001:2013
PUTRAJAYA, Januari 2022 – Latihan
Pemindahan Pengetahuan atau Transfer of
Knowledge (ToK) Training bertujuan untuk
menyampaikan dan berkongsi pengetahuan
tentang sesuatu tugas atau peranan daripada
Pasukan Projek NIISe kepada pegawai yang
terlibat. Pemindahan pengetahuan ini penting
untuk memastikan pegawai tersebut dapat
mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran baharu yang diperolehi dalam
meningkatkan keberkesanan organisasi.
Sekitar sesi Latihan ToK Pengenalan dan
Pemahaman ISMS
Sebagai pembuka tirai 2022, Latihan Pemindahan Pengetahuan Information Security Management
System (ISMS) telah dijalankan secara bersemuka pada 25 hingga 27 Januari 2022 bertempat di
Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya. Latihan yang berlangsung selama
tiga (3) hari itu melibatkan Pasukan Petugas Khas (PPK) KDN, Bahagian Teknologi Maklumat dan
Rekod (BTMR) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Subject Matter Expert (SME) JIM. Latihan ini
bertujuan memberi pengenalan kepada Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS)
berlandaskan piawaian standard MS ISO/IEC 27001:2013 untuk mengurus dan melindungi
keselamatan maklumat selaras dengan keperluan serta jangkaan stakeholder yang menekankan
kepada konsep atau prinsip keselamatan maklumat iaitu pemeliharaan kerahsiaan, integriti dan
kebolehsediaan.
Peserta yang terlibat diberi pendedahan
mengenai kepentingan proses keselamatan
maklumat melalui pendekatan yang teratur dan
sistematik. Melalui pendekatan ini risiko
keselamatan maklumat dapat dinilai bagi
penambahbaikan NIISe. Kesedaran mengenai
pelbagai ancaman dan risiko serta bagaimana
untuk meningkatkan keselamatan maklumat
jabatan juga diberikan bagi memastikan peserta
mendapat pendedahan tentang
langkah-langkah yang diperlukan dalam
menangani isu-isu keselamatan.
Sesi bergambar selepas
sesi latihan berakhir
eNewsletter NIISe Edisi 04 | 1