Page 6 - ENEWSLETER NIIISe EDISI 04
P. 6
BENGKEL
REALISASI
MANFAAT
PUTRAJAYA, Januari 2022 – Bengkel
Realisasi Manfaat yang pertama telah
dilaksanakan pada 19 hingga 21 Januari
2022. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh
Pasukan Projek NIISe dan Subject Matter
Expert (SME) JIM bagi mengenal pasti serta
membincangkan mengenai pengukuran
pencapaian manfaat dan Petunjuk Prestasi
Utama mengikut setiap modul yang terdapat
dalam NIISe.
Realisasi Manfaat merupakan kaedah
perancangan dan pelaksanaan strategi,
program, inisiatif atau aktiviti untuk
merealisasikan objektif serta manfaat projek.
Objektif pembangunan Realisasi Manfaat ini
adalah untuk menilai kejayaan sesuatu
program, projek atau inisiatif melalui
pengukuran pencapaian manfaat yang telah
ditetapkan. Pengukuran pencapaian manfaat
NIISe dilakukan melalui Petunjuk Prestasi
Utama yang terpilih berdasarkan
modul-modul NIISe. Objektif bengkel ini
dijalankan adalah untuk mengenal pasti
manfaat NIISe, Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
yang bersesuaian bagi mengukur realisasi
manfaat mengikut modul serta menentukan
garis dasar untuk setiap KPI yang dipilih.
Realisasi Manfaat merupakan
kaedah perancangan dan
pelaksanaan strategi, program,
Sekitar Bengkel Realisasi
inisiatif atau aktiviti untuk Manfaat pada Hari Pertama dan
merealisasikan objektif serta Kedua
manfaat projek.
4 | eNewsletter NIISe Edisi 04