Page 10 - ENEWSLETER NIIISe EDISI 04
P. 10
LATIHAN PEMINDAHAN PENGETAHUAN
(ToK) PENILAIAN IMPAK PERUBAHAN
PUTRAJAYA, Februari 2022 – Penilaian
Impak Perubahan merupakan salah satu
elemen penting dalam menjayakan
pelaksanaan Projek NIISe di mana analisis
yang dijalankan membantu Pasukan Projek
NIISe untuk mengenal pasti impak terhadap
proses, insan, teknologi dan polisi. Latihan
Pemindahan Pengetahuan (ToK) Penilaian
Impak Perubahan telah diadakan pada 8
hingga 9 Februari 2022 bertempat di Aras 6,
Blok D7, Kompleks D, Kementerian Dalam
Negeri, WP Putrajaya yang dianjurkan oleh
Tower Bisnes Kontraktor NIISe telah dihadiri
oleh wakil-wakil daripada Pasukan Petugas
Khas (PPK) KDN, Pasukan Teras Projek NIISe
JIM dan Bahagian Teknologi Maklumat dan
Sekitar sesi Latihan ToK
Penilaian Impak Perubahan Rekod (BTMR) JIM.
Tujuan latihan ini dijalankan adalah untuk berkongsi
pengetahuan tentang pendekatan dan metodologi yang
diaplikasi serta berkongsi “best practices” dalam pelaksanaan
Penilaian Impak Perubahan Projek NIISe. Selain itu, peserta
dapat mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan dalam
membangunkan impak analisis.
Pihak Kontraktor NIISe membuka ruang kepada peserta untuk
melakukan aktiviti berkumpulan di mana peserta perlu
mengenal pasti impak dan cara mengisi templat penilaian
impak perubahan agar mereka dapat memahami apa yang telah
dipelajari semasa sesi latihan berlangsung.
Latihan ToK Penilaian Impak Perubahan yang diadakan selama
dua (2) hari ini telah menunjukkan hasil yang positif berdasarkan
maklum balas yang diterima daripada peserta latihan dan
mereka juga telah memberikan beberapa cadangan
penambahbaikan seperti mempelbagaikan lagi aktiviti bersama
peserta bagi menambah pengetahuan peserta berkaitan dengan
silibus latihan. Mereka juga mencadangkan agar pihak
Sekitar sesi Latihan ToK Penilaian Kontraktor NIISe membangunkan soalan-soalan pra dan pasca
Impak Perubahan
latihan untuk menilai pemahaman peserta yang menghadiri sesi
latihan tersebut. Pihak Kontraktor NIISe mengambil maklum
atas setiap cadangan tersebut dan sangat menghargai setiap
sokongan yang diberikan bagi memastikan latihan ToK
seterusnya dapat dijalankan dengan lancar dan lebih efektif.
8 | eNewsletter NIISe Edisi 04