Page 14 - ENEWSLETER NIIISe EDISI 04
P. 14

PROGRAM LIBAT URUS DUTA PERUBAHAN #1













               PUTRAJAYA, Februari 2022 - Bagi meneruskan aktiviti Duta Perubahan NIISe, Program
               Libat  Urus  yang  pertama  telah  dijalankan  pada  23  Mac  2022  secara  dalam  talian.
               Pengisian utama daripada program ini adalah:




                                                                                Mekanisma Kad Laporan Duta Perubahan.
                      01  Perkembangan Terkini Projek NIISe.             03  Mekanisma Kad Laporan Duta Perubahan.


                      02  Perkongsian Aktiviti Komunikasi Projek NIISe.  04  Perkongsian Duta Perubahan.




               Duta Perubahan dapat mengukuhkan pemahaman mereka terhadap pengenalan kepada
               Projek  NIISe,  pengurusan  perubahan  dan  latihan,  memahami  akan  kepentingan  dan
               peranan  dalam  pengurusan  perubahan,  ciri-ciri  ideal  kerja  Duta  Perubahan  serta
               komunikasi berkesan dan kepentingannya dalam Projek NIISe.

               Taklimat  mengenai  perkembangan  terkini  Projek  NIISe  juga  disampaikan  kepada  Duta
               Perubahan bagi memaklumkan aktiviti-aktiviti yang terlibat di bawah tower-tower Projek
               NIISe seperti Tower Aplikasi, Infrastruktur, Teknikal, Pengurusan dan Bisnes.


               Untuk  menggalakkan  Duta  Perubahan  dapat  berkongsi  setiap  aktiviti  komunikasi  yang
               dijalankan kepada cawangan dan bahagian masing-masing, mereka diberikan pendedahan
               akan  perancangan  aktiviti  komunikasi  yang  akan  diterbitkan  melalui  bahan  komunikasi
               antaranya seperti:






                               eHebahan                     eNewsletter                       Bunting




               Salah satu peranan seorang Duta Perubahan adalah pengemaskinian Kad Laporan Duta
               Perubahan bagi memudahkan mereka untuk membuat pelaporan terhadap aktiviti-aktiviti
               yang dijalankan di bahagian dan cawangan masing-masing. Oleh itu, mereka didedahkan
               dengan kepentingan pelaporan menerusi kad laporan tersebut.


               Program diakhiri dengan perkongsian Duta Perubahan berkenaan aktiviti-aktiviti yang telah
               dijalankan  sepanjang  mereka  dilantik  sebagai  Duta  Perubahan.  Selain  itu,  mereka  turut
               berkongsi  kekangan  dan  “best  practices”  kepada  Pasukan  Projek  NIISe  serta  cadangan
               penambahbaikan  bagi  memperbaiki  kelemahan  yang  dikenal  pasti  dalam  menjalankan
               aktiviti komunikasi.








       12     |  eNewsletter NIISe Edisi 04
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19