Page 13 - ENEWSLETER NIIISe EDISI 04
P. 13

Januari 2022 - Mac 2022   |




      LATIHAN PEMINDAHAN                                                          Apa itu Microsoft



      TEKNOLOGI (ToT)                                                             SharePoint 2019?


      PROJECT MANAGEMENT                                                          SharePoint adalah intranet


      INFORMATION SYSTEM                                                          berasaskan web yang dapat
                                                                                  meningkatkan kecekapan
                                                                                  organisasi dengan
      (PMIS)                                                                      mengoptimumkan

                                                                                  pengurusan dan
                                                                                  pengaksesan data.

       PUTRAJAYA,  Mac  2022  –  Project  Management
       Information System (PMIS) NIISe merupakan instrumen
       utama  yang  dibangunkan  bertujuan  untuk  mengawal                       Apa itu Microsoft
       dan pemantauan secara holistik dalam pembangunan                           Project Server 2019?
       Projek NIISe. PMIS NIISe mempunyai peranan seperti
       berikut:

       i)   Membantu  dalam  tadbir  urus  Projek  NIISe                          Merupakan sistem
            termasuk  merancang,  memantau,  mengawal  dan                        pengurusan projek yang
            melapor pelaksanaan aktiviti-aktiviti Projek NIISe;                   dibangunkan oleh Microsoft
                                                                                  sejak tahun 2000. Ia
       ii)  Berfungsi melakukan penganggaran, perancangan                         menyokong antara muka
            dan  penjadualan,  kawalan  kos  dan  pengurusan                      sama ada daripada Microsoft
            belanjawan,  peruntukan  sumber,  komunikasi,                         Project (Edisi Profesional)
            pemantauan  dan  kawalan,  risiko  aliran  kerja,                     sebagai aplikasi pengguna
            kualiti, dokumentasi serta pentadbiran projek; dan                    atau melalui web player yang
                                                                                  menyambung ke Project Web
       iii)  Membolehkan  pengumpulan  data  dan  pelaporan                       App (PWA).
            dilakukan  secara  automatik  dengan  saluran
            maklumat  yang  cepat,  tepat,  selamat  dan  mesra
            pengguna.


       Latihan Pemindahan Teknologi  (ToT) bagi PMIS telah
       dijalankan pada 22 hingga 24 Mac 2022 bertempat di
       Aras 4 - 6, Blok D7, Kompleks D, KDN, WP Putrajaya dan
       latihan  ini  memberi  pengenalan  kepada  Project
       Management  Information  System  (PMIS),  Microsoft
       SharePoint 2019 dan Project Server 2019.






                                                                                           Sekitar sesi Latihan ToT PMIS








                                          Sekitar sesi Latihan ToT PMIS        eNewsletter NIISe Edisi 04  |   11
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18