Page 8 - ENEWSLETER NIIISe EDISI 04
P. 8
PEMUKTAMADAN BUSINESS
MAJLIS PEMUKTAMADAN DOKUMEN
PROCESS REENGINEERING (BPR)
BUSINESS PROCESS REENGINEERING (BPR)
PUTRAJAYA, Februari 2022 – Majlis Pemuktamadan Dokumen Business Process Reengineering
(BPR) telah diadakan pada 16 Februari 2022 bertempat di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Sesi
Pemuktamadan BPR ini dimulakan dengan pembentangan rumusan BPR yang merangkumi 13
modul dan enam (6) submodul dalam Projek NIISe kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan Imigresen
Malaysia (JIM) oleh Ketua Tower Aplikasi Kontraktor NIISe, En. Abdul Talib bin Kasim. Dokumen
BPR yang dibentangkan adalah hasil perbincangan semasa bengkel keperluan pengguna yang telah
berlangsung pada 5 hingga 30 April 2022. Business Process 2021 (BP2021) JIM dijadikan sebagai
rujukan utama dalam sesi perbincangan tersebut di mana proses-proses yang memerlukan
penambahbaikan telah dibincangkan melalui proses reengineering.
Ucapan Pembukaan dan Perasmian oleh
Ketua Pengarah Imigresen, YBhg. Dato’ Sri
Khairul Dzaimee bin Daud
Sekitar sesi Majlis
Pemuktamadan Dokumen BPR
YBrs. Tuan Ruslan bin Atan, Ketua Pasukan
Petugas Khas (PPK) NIISe KDN
6 | eNewsletter NIISe Edisi 04