Page 4 - ENEWSLETER NIIISe EDISI 04
P. 4

PROGRAM ONBOARDING DUTA PERUBAHAN
                                                           M
                         PROGRA
                                                                                      O
                                                                                            A
                                                                     ONB
                                                                                                 RDING




                 PUTRAJAYA, Januari 2022 – Program Onboarding Duta
                 Perubahan  NIISe  disasarkan  kepada  45  orang  Duta
                 Perubahan      yang    merupakan      pegawai     Jabatan
                 Imigresen  Malaysia  (JIM)  yang  telah  dilantik  sebagai
                 penggerak  perubahan  dalam  membantu  Pasukan
                 Projek  NIISe  untuk  menyalurkan  maklumat  terkini
                 projek  dan  meningkatkan  lagi  tahap  kesedaran  dan
                 penerimaan NIISe.

                 Program  ini  merupakan  Program  Onboarding  Duta
                 Perubahan yang kedua dilaksanakan di mana sebelum
                 ini program yang pertama telah diadakan pada 29 Julai
                 2021 secara dalam talian oleh kerana seluruh negara
                 masih  lagi  dalam  fasa  pandemik.  Sebagai  salah  satu
                 penghargaan  kepada  semua  Duta  Perubahan  yang
                 telah dilantik, Pasukan Projek NIISe telah membuat satu
                 program  secara  bersemuka  dan  ia  telah  menerima
                 kehadiran Duta Perubahan  seramai  34  orang.  Mereka
                 yang  hadir  telah  menerima  watikah  pelantikan  rasmi
                 dan  pin  pelantikan  sebagai  Duta  Perubahan  serta
                 mendapat  pendedahan  secara  terperinci  mengenai
                 peranan dan tanggungjawab sebagai Duta Perubahan
                 serta  turut  berkongsi  mengenai  jangkaan  stakeholder
                 sebagai Duta Perubahan kepada Projek NIISe.

                 Melalui  program  ini  juga,  Pasukan  Projek  NIISe  telah
                 memaklumkan  kepada  semua  Duta  Perubahan  untuk
                 mengadakan  aktiviti  kesedaran  menggunakan  bahan
                 komunikasi yang telah dikongsikan seperti eHebahan,
                 eNewsletter,  bunting  dan  sebagainya  kepada  warga
                 JIM. Selain itu, Duta Perubahan juga diingatkan untuk
                 mengemas  kini  laporan  aktiviti  Duta  Perubahan  di
                 dalam  buku  laporan  yang  disediakan  berdasarkan
                 aktiviti  yang  dijalankan  di  cawangan  atau  bahagian
                 masing-masing dan setiap laporan itu akan diselia oleh
                 pegawai     yang    dipertanggungjawabkan.        Pasukan
                 Projek  NIISe  turut  memaklumkan  bahawa  sesi  libat
                 urus secara dalam talian akan diadakan secara bulanan
                 bagi melihat kemajuan aktiviti Duta Perubahan dalam
                 melaksanakan aktiviti supaya ia berjalan dengan lancar
                 dan berkesan.







        2     |  eNewsletter NIISe Edisi 04
   1   2   3   4   5   6   7   8   9