Page 335 - Z-009-1-2017
P. 335

NO. KOD  / CODE NO.              Z-009-1:2015–M02/P(1/3)          Muka Surat / Page :
                                                                              Drpd / of                  :  10

           PENERANGAN/INFORMATION :



           1.      Konsep Kejujuran Dan Integriti


                    1.1  Pengenalan


                            Kebanyakan manusia lebih suka keamanan daripada peperangan dan

                            pertelingkahan, menghargai kestabilan dan nilai  kebahagiaan,
                            kenikmatan dan keselesaan. Secara amnya, huru-hara dan

                            pertelingkahan, pembunuhan, ketidakstabilan dan keadaan kacau
                            bilau dilihat sebagai faktor negatif dan tidak melambangkan sifat

                            seorang yang waras.


                     i)     Setelah meneliti ribuan tahun sejarah manusia didokumenkan, ia

                            kelihatan jelas bahawa manusia akan sentiasa berusaha ke arah

                            kebaikan dan peningkatan  kualiti kehidupan membina kapal-kapal
                            untuk belayar bagi meneroka tanah baru dan memperolehi harta

                            benda serta kekayaan. Mereka mencipta peralatan mekanikal
                            berteknologi maju dan canggih seperti kompas, telefon, komputer dan

                            jentera untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan sentiasa berikhtiar
                            untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi. Segala usaha manusia

                            seolah-olah mencadangkan bahawa apabila diberi pilihan, mereka

                            sentiasa akan bekerja ke arah menjadikan kehidupan lebih senang.


                     ii)    Kemiskinan biasanya disebabkan oleh keadaan hidup dan jarang
                            sekali menjadi pilihan. Umumnya rakyat tidak memilih untuk menjadi

                            miskin tetapi berada dalam keadaan yang disebabkan oleh keadaan
                            di luar kawalan mereka. Apabila  diberi peluang untuk memperbaiki

                            kehidupan mereka dan memperoleh kekayaan, mereka jarang sekali

                            akan memilih untuk kembali ke keadaan yang miskin dan kurang
                            bernasib baik. Ini membuktikan  bahawa umat manusia secara

                            umumnya akan mengelak daripada kesusahan dan akan mengumpul

                            kekayaan daripada berada di dalam kemiskinan apabila diberi pilihan.
                            Pada situasi yang ideal, individu yang berusaha ke arah kekayaan,



                                                            2
   330   331   332   333   334   335   336   337   338   339   340