Page 337 - Z-009-1-2017
P. 337
NO. KOD / CODE NO. Z-009-1:2015–M02/P(1/3) Muka Surat / Page :
Drpd / of : 10
mempunyai etika serta bertanggungjawab dalam tindakan akan
melahirkan rasa hormat dan profesionalisme.
ii) Bekerja tepat pada waktunya
Bekerja bersungguh-sungguh ketika berada di tempat kerja adalah satu
contoh jelas integriti di tempat kerja. Kesibukan, melayari Internet,
membuat panggilan telefon peribadi, menghantar mesej dan kerap keluar
makan adalah aktiviti-aktiviti yang mengurangkan masa bekerja. Dengan
menyimpan aktiviti-aktiviti tadi untuk dilakukan pada masa rehat akan
menunjukkan kepada ketua, rakan sekerja dan pelanggan bahawa
seseorang itu bekerja bersungguh-sungguh apabila berada pada waktu
kerja. Waktu bekerja mesti dihormati dengan tidak mencuri masa daripada
majikan anda. Malah jika anda tidak merakam waktu masuk dan keluar
pada kad perakam waktu, tetapi memberi tumpuan kepada kerja yang
dipertanggungjawabkan, keberadaan di meja kerja atau stesen kerja, atau
kawasan kerja pengeluaran, akan mempamerkan tabiat kerja anda yang
bersunguh-sungguh.
iii) Mematuhi polisi syarikat
Mematuhi dasar syarikat adalah cara yang berkesan untuk mempamirkan
integriti. Mengurangkan prosidur dan mengabaikan peraturan-peraturan di
tempat kerja boleh membawa kepada kesilapan, permasaalahan dan situasi
berbahaya. Kesanggupan anda merekodkan transaksi kewangan dengan
tepat, mengasingkan bahan-bahan berbahaya atau toksik dengan cara
selamat, mematuhi protokol syarikat untuk berurusan dengan pelanggan,
melakukan pembersihan atau merangka prosedur dan menyelenggara
peralatan dengan sempurna akan menunjukkan kepada orang lain bahawa
anda tidak mudah mencari jalan keluar. Dengan Mempamirkan diri anda
sebagai seorang pekerja yang boleh dipercayai serta mematuhi dasar-dasar
syarikat akan menunjukkan kepada ketua dan rakan sekerja yang anda
adalah seorang yang jujur dalam menjalankan tugas..
iv) Menghormati rakan sekerja dan membina kepercayaan
4