Page 341 - Z-009-1-2017
P. 341

NO. KOD  / CODE NO.              Z-009-1:2015–M02/P(1/3)          Muka Surat / Page :
                                                                              Drpd / of                  :  10

                         c.Maklumat perniagaan
                         Maklumat perniagaan yang rahsia kadang-kadang dikenali sebagai maklumat

                         ampunya atau rahsia perniagaan yang merujuk kepada maklumat yang tidak

                         diketahui umum dan orang  ramai dan biasanya tidak boleh didapati  oleh
                         pesaing kecuali secara salah atau tidak wajar .Contoh rahsia perniagaan

                         termasuklah proses pembuatan dan kaedah, pelan perniagaan, data
                         kewangan, ramalan dan belanjawan , program komputer, senarai pelanggan,

                         formula bahan atau resipi, senarai pembekal, dan lain-lain


                    2.4 Kepentingan Kerahsiaan Di Tempat Kerja

                         i)  Kegagalan untuk menjaga dan melindungii maklumat sulit perniagaan
                             boleh membawa kepada kehilangan perniagaan dan pelanggan.

                         ii)   Maklumat sulit boleh disalahgunakan untuk melakukan aktiviti haram

                             yang boleh menjejaskan semua pihak contohnya, kecurangan, penipuan,
                             pemalsuan.

                         iii) Pendedahan maklumat pekerja dan maklumat pengurusan  boleh
                             membawa kepada kehilangan kepercayaan pekerja, keyakinan dan

                             kesetiaan, seterusnya mengakibatkan kehilangan produktiviti.


                 3. Kerahsiaan Tempat Kerja


                    3.1 Kaedah-kaedah oleh majikan untuk memastikan kerahsiaan di tempat kerja

                         i)   Melaksanakan dasar-dasar dan prosedur kerahsiaan.
                         ii) Latihan kepada pihak  pengurusan dan pekerja mengenai isu-isu

                             kerahsiaan, polisi dan prosedur.

                         iii)   Penguatkuasaan dasar, prosedur dan latihan termasuk mengenakan
                             tindakan disiplin.

                         iv) Perjanjian tidak mendedahkan yang ditandatangani oleh pekerja untuk
                             melindungi maklumat perniagaan.



                    3.2  Kaedah oleh pekerja untuk mengamalkan kerahsiaan di tempat kerja
                           i)  Pastikan anda telah menjalani latihan mengenai dasar-dasar polisi dan

                             prosedur syarikat.
                           ii)  Memastikan anda memahami latihan.

                           iii) Sila rujuk kepada polisi dan prosedur secara berkala.

                                                            8
   336   337   338   339   340   341   342   343   344   345   346