Page 338 - Z-009-1-2017
P. 338

NO. KOD  / CODE NO.              Z-009-1:2015–M02/P(1/3)          Muka Surat / Page :
                                                                              Drpd / of                  :  10

                         Dengan menghormati rakan-rakan  sekerja, anda akan menzahirkan
                         keinginan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang sihat.  Berkomunikasi

                         dengan sopan, berinteraksi dengan sempurna dan menghormati pendapat

                         dan idea rakan sekerja, mempamirkan kebolehan anda melangkaui
                         kepentingan peribadi bagi kelangsungan sebuah pasukan yang berpusatkan

                         matlamat kerja. Selagi mana anda jujur dan hormat, berurusan dengan rakan
                         sekerja, anda akan mewujudkan satu tahap kepercayaan dengan mereka.

                         Menurut Amy Rees Anderson, penyumbang makalah majalah Forbes, orang-

                         orang yang mempercayai anda akan menyebarkan perkataan yang
                         dipercayai itu kepada sekutu-sekutu   mereka, dan keperibadiananda akan

                         tersebar dengan cepat sekali.


                    iv)  Pamer kelakuan bertanggungjawab


                         Integriti di tempat kerja sering berpunca daripada tingkah laku moral dan

                         etika. Perlu dipastikan tiada sebab tingkah laku anda dipersoalkan dan inilah

                         satu cara terbaik untuk membuktikan bahawa anda adalah seorang pekerja
                         yang jujur dan boleh diharapkan. Elakkan daripada menggunakan produk

                         atau peralatan syarikat untuk kegunaan peribadi dan kemukakan resit-resit
                         yang sah semasa membuat tuntutan perjalanan atau makan-minum .Jangan

                         membuat janji yang berlebihan yang tidak dapat ditunaikan serta berusaha
                         untuk memenuhi tarikh akhir. Bekerja secara produktif dan bekerjasama

                         semasa mesyuarat syarikat supaya anda tidak kelihatan malas atau bersikap

                         tidak peduli, dan jangan  mengambil cuti sakit sekiranya anda tidak sakit.
                         Dengan menunjukkan tingkah laku  yang bertanggungjawab,, anda tidak

                         memberi rakan sekerja atau pelanggan sebarang peluang untuk

                         mempersoalkan integriti anda.


                    vi)   Kepentingan integriti di tempat kerja


                         Integriti adalah asas kepada perwatakan.Seseorang yang berintegriti telah
                         terbangun nilai-nilai teras seperti belas kasihan, kewibawaan, murah hati,

                         jujur, baik hati, kesetiaan, kematangan, mempunyai matalamat dan

                         kepercayaan yang akhirnya akan membawa kepada nilai dan kejayaan
                         kepada mana-mana organisasi. Bekerja dengan orang-orang yang berintegriti

                         mewujudkan persekitaran kerja yang positif kerana terdapat kepercayaan
                                                            5
   333   334   335   336   337   338   339   340   341   342   343