Page 159 - sejarah spm 2018 nota
P. 159
Mengadakan rundingan damai untuk menyelesaikan masalah negara anggota
Menjaga kepentingan negara anggota
Mewujudkan kempen untuk menjaga kepentingan bersama
Menggalakan hubungan dua hala bersama negara anggota
Mengamalkan dasar liberal Berkerjasama dan bantu membantu
MAPHILINDO (Malaysia, Filipina, dan Indonesia)*******
1. MAPHILINDO ialah gabungan tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina, dan Indonesia.
2. Matlamat MAPHILINDO adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dalam
menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia berkaitan penubuhan
Malaysia.
3. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana dianggap sebagai neokolonialisme
atau penjajahan bentuk baru. Filipina ingin menuntut Sabah menjadi hak milik mereka.
4. Sebagai langkah penyelesaian, Malaysia mengadakan rundingan yang membawa kepada
pembentukan MAPHILINDO
5. Ketiga-tiga negara mencapai kata sepakat untuk memohon bantuan PBB.
6. Melalui PBB, Lawrence V. Michaelmore dihantar ke Sabah dan Sarawak bagi meninjau pendapat
rakyat di sana mengenai penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
8. Hasilnya, majoriti penduduk di Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan Malaysia.
9. Filipina dan Indonesia tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan terus menentang penubuhan
Malaysia dan menyebabkan MAPHILINDO tidak berperanan lagi.
ZOPFAN****** (JUN 2018)
CABARAN MASA DEPAN ****** 2018
Teknologi Maklumat dan Komunikasi/Information and
Communication Technology (ICT)
159