Page 156 - sejarah spm 2018 nota
P. 156

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)*****2018


               Latar Belakang Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

               1. NAM ditubuhkan pada September 1961 yang terdiri daripada negara-negara membangun di Asia,
               Afrika, dan Amerika Selatan.
               2. NAM terdiri dari 113 buah negara, 16 sebagai pemerhati, 28 sebagai tetamu jemputan.
               3. Tujuan NAM ditubuhkan adalah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong Blok
               Kapitalis atau Blok Komunis.
               4. Malaysia melibatkan diri pada tahun 1970 selepas berlakunya pertukaran dasar luar Malaysia dari
               pro-Barat dan antikomunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara.

               A. Prinsip perjuangan NAM

               F1 mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara

               F2 menghormati kedaulatan sesebuah negara


               F3 menyelesaikan persengketaan melalui perundingan

               F4 menghormati hak asasi Malaysia

               B. Sumbangan Malaysia

               • Dalam Sidang Kemuncak Ke-7 di New Delhi, Malaysia membuat usul isu Palestin, kerjasama ekonomi

                  dan isu Antartika (1 contoh sahaja)


               • Dalam Sidang Kemuncak Ke-8 di Harare, Malaysia mengemukakan cadangan menghapuskan dasar

                  apartied

               • Dalam Sidang Kemuncak di Belgrade, Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden

               • Malaysia menjadi ahli Kumpulan 16

               • Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan ke-13 tahun 2003 yang membincangkan isu Palestin, isu


               Iraq dan usaha menghidupkan kembali peranan NAM (1 contoh sahaja).

               • Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali NAM dan penyataan bersama

                   telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.

               C. Kejayaan Malaysia selaku tuan rumah sidang Kemuncak NAM ke-13 ialah

               F1 penyertaan tertinggi negara anggota

                                                             156
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161