Page 151 - sejarah spm 2018 nota
P. 151
DASAR LUAR ******2018
Matlamat
1. Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara dengan tujuan:
(a) menjamin keselamatan rakyat dan negara.
(b) memelihara kepentingan sosial dan mengekalkan kedaulatan negara.
(c) menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.
(d) mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
(e) Malaysia juga ingin menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha
memupuk kesejahteraan dunia.
Bentuk Hubungan Luar Malaysia ******2018
Malaysia mengamalkan hubungan berbentuk bilateral dan multilateral.
Bilateral
1. Bilateral merujuk kepada hubungan terus dengan negara-negara seperti negara jiran (Singapura,
Indonesia,Thailand, Vietnam), negara Asia (Amerika Latin, Afrika, Asia Barat) serta negara maju (Amerika
Syarikat dan Britain).
Multilateral
1. Multilateral adalah hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-
Negara Asia Tenggara, Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam, dan Pergerakan Negara-negara
Berkecuali.
Dasar-dasar Luar Malaysia****2018
1.a. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia
1. Faktor Sejarah
(i) Jalinan hubungan perdagangan semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka
(ii) Hubungan diplomatik dengan Britain dan negara-negara Komanwel.
2. Faktor Ekonomi
(i) Hubungan ekonomi dengan negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat untuk
memajukan ekonomi.
151